Laporan terbaru daripada Buletin Utama TV3 menyatakan bahawa 4 individu yang maut, dan 2 lagi masih menerima rawatan selepas menghadiri konsert Ambang Tahun Baharu, Pinkfish di Bandar Sunway disyaki terlibat pengambilan pil ecstasy. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa terdapat 7 individu yang disyaki terlibat dalam pengambilan barang terlarang itu. Itu berdasarkan laporan perubatan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dan kesemua mereka menghadiri konsert tersebut secara berasingan dan saling tidak mengenali. Dua daripada mereka maut, sementara seorang sudah dibenarkan pulang kerana sudah sembuh. Sementara 2 lagi masih menerima rawatan. Hussein berkata: “Semua mangsa ini didapati hadir secara berasingan bersama kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing. “Selain empat mangsa yang sudah meninggal dunia, dua lagi masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi sudah dibenarkan keluar dari hospital. “Kedua-dua hospital ini menerima tujuh pesakit dan semua mereka menunjukkan simptom yang sama. “Pihak polis membuka empat kertas siasatan kematian mengejut lanjutan kematian ini untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah atau keracunan. “Sehingga kini sebanyak enam percakapan saksi dirakam selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah pihak penganjur konsert dan rakan mangsa,” tegas beliau berdasarkan kenyataan yang dipetik daripada laporan Berita Harian. Pihak polis masih masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan pengambilan dadah dan untuk mengenalpasti punca kematian. Sementara itu penganjur Pinkfish Festival berjanji akan memberikan kerjasama kepada polis dalam siasatan. Penganjur mendakwa bahawa kematian 4 individu tersebut berlaku di luar tapak penganjuran konsert. Pinkfish turut menyatakan bahawa mereka sudah mengetatkan kawalan keselamatan sepanjang konsert tersebut.
|
KamikuP replied at 3-1-2025 09:24 AM
mATI DALAM kehinaan
Buritan replied at 3-1-2025 09:44 AM
Mulayu kee.. selalunyaa yg ober cenggini mulayu.. cina india amik sebiji dia amik lima biji..
Cina ...
BoongaKertas replied at 3-1-2025 10:26 AM
Allahu..moga Allah ampuni dosa arwah.
DukunSentet replied at 3-1-2025 06:28 AM
Konpom ke mulayu isley nih..
edayildiz replied at 3-1-2025 03:28 PM
innalillah...elok dia meninggal..mlm 1 rejab..
Decaffeinated replied at 3-1-2025 04:27 PM
kan... boleh ja nak positif. Tapi kalau hati dah hitam payahlah ingat nak aibkan ja. Macamlah buda ...
ADVERTISEMENT