CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11853|Reply: 20

[Jenayah] Kematian 4 Pengunjung Konsert Ambang Tahun Baharu Dipercayai Ambil Ecstasy

[Copy link]
Post time 3-1-2025 08:01 AM | Show all posts |Read mode


Laporan terbaru daripada Buletin Utama TV3 menyatakan bahawa 4 individu yang maut, dan 2 lagi masih menerima rawatan selepas menghadiri konsert Ambang Tahun Baharu, Pinkfish di Bandar Sunway disyaki terlibat pengambilan pil ecstasy.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa terdapat 7 individu yang disyaki terlibat dalam pengambilan barang terlarang itu.

Itu berdasarkan laporan perubatan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dan kesemua mereka menghadiri konsert tersebut secara berasingan dan saling tidak mengenali. Dua daripada mereka maut, sementara seorang sudah dibenarkan pulang kerana sudah sembuh. Sementara 2 lagi masih menerima rawatan.

Hussein berkata: “Semua mangsa ini didapati hadir secara berasingan bersama kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.

“Selain empat mangsa yang sudah meninggal dunia, dua lagi masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi sudah dibenarkan keluar dari hospital.

“Kedua-dua hospital ini menerima tujuh pesakit dan semua mereka menunjukkan simptom yang sama.

“Pihak polis membuka empat kertas siasatan kematian mengejut lanjutan kematian ini untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah atau keracunan.

“Sehingga kini sebanyak enam percakapan saksi dirakam selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah pihak penganjur konsert dan rakan mangsa,” tegas beliau berdasarkan kenyataan yang dipetik daripada laporan Berita Harian.

Pihak polis masih masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan pengambilan dadah dan untuk mengenalpasti punca kematian.

Sementara itu penganjur Pinkfish Festival berjanji akan memberikan kerjasama kepada polis dalam siasatan.

Penganjur mendakwa bahawa kematian 4 individu tersebut berlaku di luar tapak penganjuran konsert.

Pinkfish turut menyatakan bahawa mereka sudah mengetatkan kawalan keselamatan sepanjang konsert tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2025 08:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:24 AM | Show all posts
mATI DALAM kehinaan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 3-1-2025 09:24 AM
mATI DALAM kehinaan

Mulayu kee.. selalunyaa yg ober cenggini mulayu.. cina india amik sebiji dia amik lima biji..
Cina india minum todi segelas mulayu minum segelen... P
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:00 AM | Show all posts
minta dijauhkan..
jaga mulut dan tgn jua dari bercakap/menulis yg bukan2..
kita diuji dengan apa yg kita tulis/cakap
ambik iktibar...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:13 AM | Show all posts
dulu pun ada kes macam ni... yang mati semua anak melayu,perempuan lagi...
tak silap dekat bukit jalil kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 10:26 AM | Show all posts
Allahu..moga Allah ampuni dosa arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:33 AM | Show all posts
Buritan replied at 3-1-2025 09:44 AM
Mulayu kee.. selalunyaa yg ober cenggini mulayu.. cina india amik sebiji dia amik lima biji..
Cina ...

itu la, aku pernah dgr lawak standup singapura, dia ckp, dun worry u dont get spike ( di berikan dadah dlm minuman ) oleh org melayu

sebab diorang spike minuman sendiri...

lg pn dadah tu mahal, jd baik diorang ambik sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 02:14 PM | Show all posts
drugs, sekkk and rock and roll

salam takziah nohhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat forum pun ramai nubies jual dadah

Semak betul spamming
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 3-1-2025 10:26 AM
Allahu..moga Allah ampuni dosa arwah.

Konpom ke mulayu isley nih..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
No comment
Minta dijauhkan dr jd kat keturunan kita dah le ye
Sian family yg ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 03:04 PM | Show all posts
ade ckp type c tp ada yg type m entahla tp dah semua tu dtg asing2 mcm2 type la kot erm
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 03:05 PM | Show all posts
DukunSentet replied at 3-1-2025 06:28 AM
Konpom ke mulayu isley nih..

katanya smlm mcm ada yg M. komen lah ckp. wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah...elok dia meninggal..mlm 1 rejab..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 03:55 PM | Show all posts
syukurlah anak anak kita sejenis yg tak clubbing
itu pun belum tentu clean
sebagai parents
kita panjatkan doa banyak banyak supaya anak2 kita dilindungi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 04:27 PM | Show all posts
edayildiz replied at 3-1-2025 03:28 PM
innalillah...elok dia meninggal..mlm 1 rejab..

kan... boleh ja nak positif. Tapi kalau hati dah hitam payahlah ingat nak aibkan ja. Macamlah budak2 tu mati selepas kacau hidup dia. Kalau budak2 tu mati di negara lain, satu negara akan ucap takziah bagi bunga lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-1-2025 04:27 PM
kan... boleh ja nak positif. Tapi kalau hati dah hitam payahlah ingat nak aibkan ja. Macamlah buda ...

ada pepatah ckp kalau xdpt berkata bnda bnda baik..eloknya diam je kan....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 01:40 AM | Show all posts
Org clubbing on NY, kita clubbing sambil emo dan tunjuk2 kat org; org amik Ice, kita amik berketul2 ingin tunjuk hebat, org enjoy sex, kita sex record la sampai ngandung la apa semua.. semua ingim lebih dan ingin org tgk. Adakah semua nya perlu di externalize, peelu dilihat org? Sy kurang faham.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke sbb ecstasy.. bukan bekshit ke mcm yg antibekshit cakapkan yituh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.621850 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list