Polis mengarahkan jemaah terkandas untuk meninggalkan pejabat syarikat umrah di Kota Warisan, Sepang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR PUTRAJAYA – Polis menahan pasangan suami isteri berusia 31 tahun yang merupakan pemilik sebuah syarikat pengendali umrah di Kuala Lumpur malam tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan ke atas pasangan suami isteri itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada pukul 7 malam bagi membantu siasatan selepas pihaknya menerima tujuh laporan berkaitan penipuan umrah. “JSJK telah membuat tangkapan ke atas pasangan suami isteri tersebut. “Polis merampas beberapa buah komputer, pasport dan dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi. Menurut Hussein, JSJK Selangor menerima satu laporan polis berkaitan kes penipuan umrah melibatkan sebuah syarikat yang dibuat di Sepang. “Mangsa wanita berusia 39 tahun yang merupakan pekerja swasta mengalami kerugian RM11,000 selain terkandas untuk menunaikan umrah pada 14 Januari lalu. “Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu. Setakat ini sebanyak tujuh laporan diterima,” katanya. Tambah Hussein, semakan mendapati seramai 379 mangsa berurusan dengan syarikat itu dan terkandas untuk mengerjakan umrah pada 14 Januari lalu membabitkan kerugian berjumlah RM2.1 juta. “Hasil awal mendapati syarikat mula beroperasi sejak 2022 sebelum berpindah ke sebuah premis tiga tingkat di Sepang pada Oktober 2024. “Mereka membuat iklan mengenai pakej umrah di aplikasi TikTok dan berhubung dengan ejen yang dilantik pihak syarikat,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
yoshimitsu replied at 16-1-2025 11:53 AM
haji wajib ke umrah yg wajib dititik beratkan??
Menurut Ijma’ Ulama, umrah hanya perlu dilakukan sekali sahaja sepanjang hidup bagi yang berkemampuan (termasuk dengan ibadah haji).
gorjeous replied at 16-1-2025 11:50 AM
Company apa nama???
manehnya replied at 16-1-2025 12:09 PM
anjira travel n tours
yoshimitsu replied at 16-1-2025 11:53 AM
haji wajib ke umrah yg wajib dititik beratkan??
ultra78 replied at 16-1-2025 12:43 PM
Berapa harga pakej umrah yang wajar? Dalam berita asyik cerita jangan terpedaya dengan pakej umrah m ...
BungaKencana replied at 16-1-2025 12:39 PM
soeb & mamat guna cmpny ni kan.. dorang da cancelkan umrah tu.. pastu soeb tanya cmpny umrah yg ok a ...
cantthinkofany replied at 16-1-2025 01:03 PM
buat DIY je umrah ni....sbb visa umrah boleh apply online, and visa ni valid utk setahun....ko boleh ...
mejaputih replied at 16-1-2025 01:04 PM
yg iols dgr rm11k tu utk 2 org.
yoshimitsu replied at 16-1-2025 11:53 AM
haji wajib ke umrah yg wajib dititik beratkan??
zafira replied at 16-1-2025 01:34 PM
Ya betul... pergi diy senang.. ramai jiran dah buat diy dan berjaya... insyaAllah nak try diy umra ...
ADVERTISEMENT