Polis mengarahkan jemaah terkandas untuk meninggalkan pejabat syarikat umrah di Kota Warisan, Sepang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR
PUTRAJAYA – Polis menahan pasangan suami isteri berusia 31 tahun yang merupakan pemilik sebuah syarikat pengendali umrah di Kuala Lumpur malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan ke atas pasangan suami isteri itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada pukul 7 malam bagi membantu siasatan selepas pihaknya menerima tujuh laporan berkaitan penipuan umrah.
“JSJK telah membuat tangkapan ke atas pasangan suami isteri tersebut.
“Polis merampas beberapa buah komputer, pasport dan dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.
Menurut Hussein, JSJK Selangor menerima satu laporan polis berkaitan kes penipuan umrah melibatkan sebuah syarikat yang dibuat di Sepang.
“Mangsa wanita berusia 39 tahun yang merupakan pekerja swasta mengalami kerugian RM11,000 selain terkandas untuk menunaikan umrah pada 14 Januari lalu.
“Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu. Setakat ini sebanyak tujuh laporan diterima,” katanya.
Tambah Hussein, semakan mendapati seramai 379 mangsa berurusan dengan syarikat itu dan terkandas untuk mengerjakan umrah pada 14 Januari lalu membabitkan kerugian berjumlah RM2.1 juta.
“Hasil awal mendapati syarikat mula beroperasi sejak 2022 sebelum berpindah ke sebuah premis tiga tingkat di Sepang pada Oktober 2024.
“Mereka membuat iklan mengenai pakej umrah di aplikasi TikTok dan berhubung dengan ejen yang dilantik pihak syarikat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
keutamaan pada haji..
tapi haji bukan macam umrah boleh gi bila-bila plus ada kuota kena tunggu giliran..
kalau mampu nak pergi umrah, pergi je la..
kalau duit kumpul hanya cukup nak pergi haji, then tunggu la panggilan haji..
ni terpakai untuk golongan bawahan yang takde pergi melancong saban tahun..
kalau u mampu pergi melancong saban tahun takkan berkira nak gi umrah sekali..
soeb & mamat guna cmpny ni kan.. dorang da cancelkan umrah tu.. pastu soeb tanya cmpny umrah yg ok ada tak.. astu ms dia pegi umrah baru2 ni satu fmly dia guna cmpny mana smpai tanya mcm tu.. memelik jela
buat DIY je umrah ni....sbb visa umrah boleh apply online, and visa ni valid utk setahun....ko boleh je masuk seberapa banyak kali yg ko nak kecuali musim haji...musim haji hanya visa haji je boleh masuk...and hotel berlambak je ko boleh book online...nak yg dekat...yg jauh....nak yg mahal, yg murah....tengok review hotel tu sebelum book...
lokasi2 utk ko start pasang niat umrah pun banyak je signboard, kalau ko naik flight, ada announcement utk tukar ihram and start pasang niat...kalau naik bas, normally bas akan stop kat port2 RnR yg mmg dah didaftarkan utk korang start pakai ihram and pasang niat...
Ya betul... pergi diy senang.. ramai jiran dah buat diy dan berjaya... insyaAllah nak try diy umrah tahun depan.. sebab dah tahu selok belok.. semoga dipermudahkan...
murah sangat RM11k untuk 2 orang.. tiket katebang saja dlm lingkungan 2k plus sorang.. hotel kt makkah & madinah lagi (tengok jarak juga.. kalau hotel jauh mcm kat aziziyah tu mungkin murah), transport, makan minum lagi..kesian yang kena tipu tu.. buat naya aje kat orang...
Post time 16-1-2025 01:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
yoshimitsu replied at 16-1-2025 11:53 AM
haji wajib ke umrah yg wajib dititik beratkan??
Kedua2nya wajib.
Bila kita tunaikan umrah saja, rukun islam yg ke5 belum complete lagi.
Tapi bila gi buat haji, kita kan buat umrh sekali maka complete lah rukun yg ke 5 tu.
UAI ada cakap boleh saja kalau kita tk nak pi umrah tapi kita tunggu dpt panggilan haji.
Aamiinnnn.....kawan aku baru je balik dari DIY umrah ni...dia buat ngan bini dia berdua je....Alhamdulillah Allah permudahkan...dari KL naik flight ke Jeddah....dari airport Jeddah naik high speed rail terus ke mekah...kalau ko amik business class boleh lepak kat lounge HSR ni...ada la makan2 sikit....from Jeddah airport to Mecca 50 Saudi Riyal je....dari stesen HSR amik taxi straight to hotel ko atau masjidil haram...HSR serious laju weiii...boleh reach to 300 Km/hour...dah habis urusan di mekah...ko boleh amik bas to madinah atau naik HSR ke Madinah....taxi pun boleh...tapi mahal la....
atau ko nak gi madinah dulu then mecca...whichever way pun boleh....atau kalau nak buat umrah je...gi mecca je....