Pelakon Amyza Aznan, 50, memberitahu doktor sudah mengesahkan ada ketumbuhan di paru-paru anak sulungnya, Andre Mikhail, 18, selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital.
Amyza berkata, doktor juga perlu mengambil sampel terlebih dulu untuk mengetahui sama ada ketumbuhan itu adalah kanser ataupun bukan. "Doktor beritahu selepas buat pemeriksaan X-ray hanya ada sedikit saja bendalir di paru-paru Andre dan selebihnya adalah ketumbuhan. "Saya faham proses mengambil sampel itu mungkin mengambil sedikit masa kerana anak saya juga sudah 12 hari ditahan di hospital. "Apapun, saya berharap keadaan penyakit anak saya tidak serius sebab itu pihak hospital memerlukan masa untuk mengambil sampel berkenaan dan saya juga percaya dengan kepakaran doktor di hospital kerajaan," katanya kepada Harian Metro. Ditanya karier lakonannya pula, kata Amyza, dia juga terpaksa berulang alik dari lokasi penggambaran di Melaka untuk menjaga anak sulungnya yang dirawat di hospital di Ampang.
|
Orix replied at 5-2-2025 10:58 PM
Lorh pegi spital gomen ke ? Bukan sheols htr anak dia skola private ke ? Xkan x amek insurans
ADVERTISEMENT