View: 8170|Reply: 5
|
'Kejap Itu, Kejap Ini!' - Doktor Sahkan Ada Ketumbuhan Di Paru-Paru Anak Amyza Aznan
[Copy link]
|
|
Pelakon Amyza Aznan, 50, memberitahu doktor sudah mengesahkan ada ketumbuhan di paru-paru anak sulungnya, Andre Mikhail, 18, selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital.
IG
Amyza berkata, doktor juga perlu mengambil sampel terlebih dulu untuk mengetahui sama ada ketumbuhan itu adalah kanser ataupun bukan.
"Doktor beritahu selepas buat pemeriksaan X-ray hanya ada sedikit saja bendalir di paru-paru Andre dan selebihnya adalah ketumbuhan.
"Saya faham proses mengambil sampel itu mungkin mengambil sedikit masa kerana anak saya juga sudah 12 hari ditahan di hospital.
"Apapun, saya berharap keadaan penyakit anak saya tidak serius sebab itu pihak hospital memerlukan masa untuk mengambil sampel berkenaan dan saya juga percaya dengan kepakaran doktor di hospital kerajaan," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya karier lakonannya pula, kata Amyza, dia juga terpaksa berulang alik dari lokasi penggambaran di Melaka untuk menjaga anak sulungnya yang dirawat di hospital di Ampang.
"Saya memang terbabit dengan penggambaran sejak awal Januari lalu.
"Saya tidak boleh mengelak kerana ia komitmen kerja yang sudah dipersetujui lebih awal sebelum anak sulung saya jatuh sakit.
"ada masa sama, saya masih harapkan doa daripada semua peminat untuk sama-sama mendoakan segala urusan anak saya di hospital dipermudahkan dan segera sembuh," katanya.
IG
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Amyza mohon pengikutnya untuk mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Andre yang masih menerima rawatan di hospital akibat bendalir dalam paru-paru.
"Saya hanya mohon doakan kesembuhan untuk anak saya, Andre Mikhail," katanya berserta tanda pagar #thepowerofdua.
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Vape?
Semoga cepat sembuh
Kemain nama anak pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lorh pegi spital gomen ke ? Bukan sheols htr anak dia skola private ke ? Xkan x amek insurans |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 5-2-2025 10:58 PM
Lorh pegi spital gomen ke ? Bukan sheols htr anak dia skola private ke ? Xkan x amek insurans
Mungkin skrg dh tak senang sgt kot, suami dia pun sakit kan
Jd aku rasa skrg ni dia sorang2 jelaa mencari rezeki
Aku dh lama tak tgk anak2 dia rupanya ank dh besar panjang dh |
|
|
|
|
|
|
|
Iols doakan anak amyza cepat sembuh dan urusan amyza dipermudahkan. Iols kesian dgn org sakit dan faham la dia as ibu punya risau sesambil kerja lagi. Semoga doktor dapat jumpa punca dan rawat |
|
|
|
|
|
|
|
moga anak amyza cepat sembuh dan dipetmudahkan urusan.
elok lah antar hospital gomen. ada kepakaran dan kos pun rendah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|