CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru seminggu pergi sekolah, dah penuh kutu anak Shila Amzah

12-2-2025 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10985| Komen: 34|Original author: Raline

Baru seminggu kembali ke tadika, anak lelakinya penyanyi Shila Amzah mengalami masalah kutu dipercayai dijangkiti daripada rakan-rakan di sekolah.

Namun apa mencuit hati ramai apabila gelagat anaknya iaitu Seth Uwais, 6, seolah-olah gembira apabila dia dijangkiti parasit tersebut.

ub.PNG


Suami Shila iaitu Ubai, 27, yang berkongsi video mengenai Seth di TikTok bagaimanapun dilihat sempat berseloroh dengan anaknya itu dengan memberitahu masalah kutu bukan satu pencapaian.

"Baru seminggu masuk sekolah sudah ada kutu. Jangan gelak-gelak bro, ini bukan satu pencapaian," kata Ubai.


Menerusi video tersebut, dapat dilihat Shila sedang melumur syampu kutu di kepala Ubai dan Seth.

Selepas selesai melumur, Ubai turut berkongsi beberapa kutu yang sudah mati akibat syampu berkenaan.


Tidak hanya Seth, Ubai juga dipercayai dijangkiti masalah serupa malah seisi rumah terpaksa memakai syampu khas bagi menyingkirkan parasit itu kerana bimbang ia akan semakin parah.

Malah Seth juga ada meminta maaf kepada Ubai kerana rasa bersalah menjadi punca dia dijangkiti.


"Habislah Tina (pembantu) juga kena, saya pun kena. Satu rumah kena pest control," luahnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BlackpingU 12-2-2025 01:15 PM
Comel anak2 shila
Quote katakauu 12-2-2025 03:05 PM
moga bahagia mereka bersama
Quote Kancilkering 12-2-2025 03:30 PM
trauma tu memang default dlm hidup dia ke?
Quote cap_ayam 12-2-2025 03:34 PM
Uish ada lagi ye kutu sekarang ni?
Quote kucingitam 12-2-2025 03:41 PM
mcm jarang dah dgr budak2 berkutu skrg ni.. dulu masa kecik2, budak sekolah mmg sinonim dgn kutu. agaknya skrg ramai budak sekolah dah bertudung, so takde masalah sgt.
Quote MisXoXo 12-2-2025 05:05 PM
Kan sblm kawin ubai baik ja dgn sally..mamat dgn yas kan.shila pun lepak durang ada potcast.lps kawin xda dah kan  ubai dgn durang.
Quote hokeypokey 12-2-2025 05:13 PM
anak shila yg laki tu muka cam kekrul
Quote Carcosa 12-2-2025 05:26 PM
Comey betul anak dia yg 1st tu.
Urgghhh head lice ni mmg menyusahkan yach. Dulu meols ada, bertahun2 nak hilangkan. Sedih betul. Satu famili kena.
Quote nylliette 12-2-2025 05:37 PM
anak dia tadika intenasonal ke apa? anak bertahun tadika pasti takde pulak kena kutu
Quote cmf_jeangrey 12-2-2025 05:40 PM
Mmg trauma..anak iols pun pernah dijangkiti kutu sekali...nak buang kutu satu hal, nak bersihkan bantal, bedsheet, blanket, baju2 yg dia pakai bbrp hari tu lagi...6 trip membasuh dan tumble dry dari malam membawak ke pagi..ni my hasben yg uruskan..kerja iols buang kutu anak dan vacum sofa, tilam segala..dah mcm kena sumpahan

Quote SalenaGomez 12-2-2025 06:27 PM
Anak lelaki senang je kalau nak banteras kutu ni. Botak kan je kepala lambat buat nanti habis pegi ke rambut mak nya. Ingat senang ke nk nyanyi sambil garu kepala
Quote timah03 12-2-2025 07:09 PM
Bagus ubai ni... Melayan Seth... Sebab dulu budak ni diam je kan... Tak nak bercakap... Dgn orang pun tak nak...
Quote dua_chzy 12-2-2025 07:13 PM
Edited by dua_chzy at 12-2-2025 11:16 AM
timah03 replied at 12-2-2025 11:09 AM
Bagus ubai ni... Melayan Seth... Sebab dulu budak ni diam je kan... Tak nak bercakap... Dgn orang pu ...


Baru perasan bila baca komen ni. Kan? Dah aktif dan nampak gembira sekarang. Macam Ubai tu lagik berfungsi sebagai bapak dia daripada bapak kandung.

"Saye ade kutu, man!", ah gitu kau anak deol hepi ada kutu.
Quote makita 12-2-2025 07:26 PM
Edited by makita at 12-2-2025 07:27 PM
Carcosa replied at 12-2-2025 05:26 PM
Comey betul anak dia yg 1st tu.
Urgghhh head lice ni mmg menyusahkan yach. Dulu meols ada, bertahun2 ...


Meols ni masa zaman amek foundation ada adik darjah 2 dan 6 tahun. Setiap minggu akan balik ke rumah family. Bila meols balik umah sewa..gatal2 kepala. Sekali kutu jatuh2 kat sinki. Eh gila lah. Meols amek spray nyamuk tu spray. Lepas 10 min baru sikat2 jatuh kutu2 tu patu syampu. Dekat sejam la dlm toilet duk settlekan kutu2 tu. Mujur berkesan cara ni dan xde sapa kat umah tu ngadu ada kutu ke apa ke. Ingat nak spray tu sbb mana nak keluar umah malam2 cari ubat kutu mana sempat dah mlm..plus meols pon baru sampai umah sewa lepas balik kg.
Quote makgetah 12-2-2025 07:43 PM
comel je nampak cara ubai cakap dgn seth mcm org dewasa
Quote per706 12-2-2025 08:38 PM
Anak aku pon dok bwak balik kutu Dari skola.naseb ank laki sume.hah botak sudah.laki aku sorang ke x kena.aku kena.da la rmbut pjg.berbaris la aku ngan anak2 amek turn laki aku tolong sikatkan buang kutu lepas da apply ubat tu.last ade kutu skolah rendah dlu..punya lama daaaa
Quote silampumeja 12-2-2025 09:24 PM
Daripada video kutu ni kita nampak happy emosi anak dgn seorang figura bernama lelaki. Semoga yg baik2 sahaja. Dulu nmpk shila pnuh smpan perasaan dan tried hard masuk hidup ex laki. Skrg ubai dan shila saling melengkapi. Semoga yg baik2 sahaja untk kalian. Ubai, kamu lelaki baik...
Quote noor2 12-2-2025 09:38 PM
Masih ada lagi budak2 berkutu ke? Mana dtg kutu ..
Quote sharlenetexas 12-2-2025 10:19 PM
makita replied at 12-2-2025 07:26 PM
Meols ni masa zaman amek foundation ada adik darjah 2 dan 6 tahun. Setiap minggu akan balik ke rum ...

Nenek saudara iols dia lumur rambut dan kepala dgn minyak panas buat mengurut tu.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044966 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top