CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada minuman keras, arak pada Piala Dunia 2034 di Arab Saudi - Duta Arab Saudi ke United Kingdom (UK)

14-2-2025 07:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23422| Komen: 19|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-14 000732.png


LONDON: Minuman keras tidak akan dibenarkan pada Piala Dunia 2034 di Arab Saudi, kata duta Arab Saudi ke United Kingdom (UK), semalam.

Acara terbesar bola sepak dunia itu akan menjadi acara pertama yang tidak membenarkan sebarang penjualan minuman keras - termasuklah di kawasan hotel mahupun kawasan penyokong.

Hanya minuman ringan dibenarkan di stadium dan mereka yang didapati menyeludup minuman keras akan dirotan di khalayak ramai.

Putera Khalid bin Bandar Al Saud mengesahkan negara itu sama sekali tidak akan melonggarkan undang-undang Islamnya.

"Banyak perkara menghiburkan yang masih boleh dilakukan tanpa alkohol.

"Ia tidaklah 100 peratus diperlukan dan anda boleh meminumnya selepas meninggalkan Arab Saudi, tetapi buat masa ini, kami tidak membenarkannya (alkohol)."

Pada edisi 2022 di Qatar, penyokong dibenarkan untuk meminum alkohol di hotel yang mendapat lesen bagi penjualan minuman keras.

Namun Prince Khalid memberitahu radio LBC 'tidak akan ada sebarang alkohol, kami adalah negara yang kering.

"Semua orang ada budaya masing-masing. Kami gembira untuk memudahkan semua orang mengatasi sempadan budaya kami tetapi kami tidak mahu mengubah budaya untuk seseorang.

"Ini bukan acara Arab Saudi, ini adalah acara dunia jadi kami mengalu-alukan semua untuk datang."

Penyokong, Tim Bailey jelas tidak berpuas hati di laman X apaila berkata 'negara mereka, undang-undang mereka. Tetapi kenapa ada orang mahu ke sana juga?'

Seorang lagi penyokong berkata 'pelik..mereka sentiasa mahukan orang lain mengubah budaya untuk mereka." -AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 16-2-2025 03:55 AM
baguslah.. tak mati pun kalau dioang ni tak mabuk sebulan, bila mabuk nanti mulalah nak langgar mati org nanti
Quote Decaffeinated 16-2-2025 10:10 AM
Masa dapat hak penganjuran ada perkara ni dibangkitkan atau tidak? FIFA mesti sedia maklum sikap Saudi terhadap alkohol tapi masih bagi jadi host means they agree atau expect macam Qatar?
Quote supernaturalee 16-2-2025 10:45 AM
sober je lah spnjg event
kot blh quit terus
kan lg bagus

Quote nw111 16-2-2025 12:20 PM
Tapi ada panggil singer nyanyi pakai baju 3/4 bogel tak?
Quote Decaffeinated 16-2-2025 06:50 PM
supernaturalee replied at 16-2-2025 10:45 AM
sober je lah spnjg event
kot blh quit terus
kan lg bagus

In order to quit if you must be an alcoholics first. Generally yang minum setin dua sambil tengok bola ni bukan untuk mabuk apa lagi ketagihan. Bukan semua orang suka minum air manis coca cola tu.

Larangan ini ialah kerana alkohol itu haram for muslim, not sure how this rule is received by football fans the world over. We'll see.

Quote cmf_jeangrey 16-2-2025 08:06 PM
Bukan semua peminat bola against this rule pun...ramai yg okay je sebab boleh minum dan continue celebrate di hotel


Quote scorpene 16-2-2025 08:20 PM
Bagus Saudi, make sure orang luar hormat agama dan budaya masyarakat Islam, kalau x reti nak hormat please get lost....
Quote supernaturalee 16-2-2025 09:42 PM
Decaffeinated replied at 16-2-2025 06:50 PM
In order to quit if you must be an alcoholics first. Generally yang minum setin dua sambil tengok  ...

Iols refer to non Muslim
Yg Muslim tu sndri mau igt lah

Quote plywood 16-2-2025 11:25 PM
salah satu tarikan piala dunia ni ialah aktiviti minum minuman keras inilah. sebelum ini ada selalu nampak port penonton ni semua minum... ini untuk mereka yang boleh minumlah... kita tengok nanti adakah ini akan mengurangkan jumlah penonton
Quote Decaffeinated 17-2-2025 12:05 AM
cmf_jeangrey replied at 16-2-2025 08:06 PM
Bukan semua peminat bola against this rule pun...ramai yg okay je sebab boleh minum dan continue cel ...

"Ia tidaklah 100 peratus diperlukan dan anda boleh meminumnya selepas meninggalkan Arab Saudi, tetapi buat masa ini, kami tidak membenarkannya (alkohol)."

You were probably talking about Qatar.
Quote Decaffeinated 17-2-2025 12:14 AM
scorpene replied at 16-2-2025 08:20 PM
Bagus Saudi, make sure orang luar hormat agama dan budaya masyarakat Islam, kalau x reti nak hormat  ...

Dunia luar memang tau hormat muslim tak minum alkohol cuma mereka akan ada sedikit masalah memahami kenapa mereka juga tidak dibenarkan.

The Saudis may have a tough time explaining this. Tunggu ja lah.
Quote airfilterkotor 17-2-2025 12:16 AM
Kalu ada sebilangan peminat yang boikot atau kuciwa dengan tindakan Saudi ni pun, acara tetap berjalan macam biasa.
Yang kuciwa dan takmo datang, sila langgan siaran berbayar dan tonton dari rumah sambil togok arak semahunya. Teda sapa larang.
Yang tak terkesan pasal arak, aman² jer naik flight diam kat Saudi Arabia sambil tonton perlawanan kat stadium.
Quote Decaffeinated 17-2-2025 12:17 AM
supernaturalee replied at 16-2-2025 09:42 PM
Iols refer to non Muslim
Yg Muslim tu sndri mau igt lah

So did I. But from your prev post it sounded like semua yang consume alcohol Itu alcoholic. They're not.
Quote grouper 17-2-2025 01:12 AM
Qatar dah buat pun world cup tanpa alcohol...mmg ada yg menyalak tapi macam anjing menyalak bukit la
Quote Dwdrum 17-2-2025 09:40 AM
Nanti saudi allow alcohol under kingdom vision 2030 development plan... Seperti UAE... Untuk boost trourism with restrictions...
Quote hayrin86 17-2-2025 09:46 AM
clueless_gamer replied at 16-2-2025 03:55 AM
baguslah.. tak mati pun kalau dioang ni tak mabuk sebulan, bila mabuk nanti mulalah nak langgar mati ...

Kan.. Banyak lagi minuman halal yang boleh layan, tidak kisah la minuman bergas la, minuman tenaga la, minuman isotonik la, janji halal..

Quote hayrin86 17-2-2025 09:47 AM
airfilterkotor replied at 17-2-2025 12:16 AM
Kalu ada sebilangan peminat yang boikot atau kuciwa dengan tindakan Saudi ni pun, acara tetap berjal ...

Tidak layan arak, tiada masalah

Quote Decaffeinated 17-2-2025 04:38 PM
grouper replied at 17-2-2025 01:12 AM
Qatar dah buat pun world cup tanpa alcohol...mmg ada yg menyalak tapi macam anjing menyalak bukit la

'In Qatar, regular fans won't have access to alcohol at matches. Only spectators in the stadiums' high-end luxury suites will have easy access to booze. Outside of the stadiums, fans can still drink at special World Cup gathering spaces, or at specially licensed restaurants, bars, and hotels around the country.'

apart from the stadium luxury suites, lebih kurang macam Malaysia ja.

Quote kakikuDibibirmu 18-2-2025 09:40 AM
Orang dulu-dulu memang jenis tak bungkos kepala, tengoklah Saloma tu, hanya selepas Revolusi Iran tahun 1979 baharulah ummah mula bungkos kepala, itupun ada yang gila (baca parti PIS) kata ugama Islam sudah bertapak di Tanah Melayu semendjak Kesultanan Melayu Melaka lagi

Minum arak baik untok kita







[youtube]weRFhrWY5Yg[/youtube]

http://youtu.be/weRFhrWY5Yg

P/S: masa tu belum ada perintah bungkos kepala lagi tau, bila Revolusi Iran berjaya bawak imej moslemah bertudung baharu Malaysia tetiba rasa perempuan mesti bertudung, sebelum era 1980-an tak payah pakai tudung, cuba tengok felem P. Ramlee yang scene perempuan pergi mengaji tu, bungkus kepala hala-hala selendang tu jah.

take beeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrr!!!!!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.126183 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top