CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad diminta buat permohonan maaf, tak wajar salahkan Fahmi Fadzil isu lelaki menyerupai wanita di AJL39

19-2-2025 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37974| Komen: 19|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-18 213103.png


PRESIDEN Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad berkenaan isu pemakaian tetamu lelaki yang menyerupai wanita ketika hadir ke malam Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada Ahad lalu.

Kecewa dengan pandangan yang diutarakan aktor tersebut, Jurey berkata Sharnaaz tidak seharusnya menyalahkan Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil berhubung isu berkenaan.

Justeru itu, Jurey mendesak Sharnaaz menarik semula kenyataan tersebut serta membuat permohonan maaf kepada Fahmi.

"Dia (Sharnaaz) telah menuding jari secara tidak berasas terhadap Fahmi Fadzil, dan menggunakan bahasa yang tidak beradab dalam kenyataan tersebut.

Screenshot 2025-02-18 213126.png


"Sehubungan dengan itu pihak PTVM mendesak Sharnaaz untuk segera menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Fahmi atas keceluparan dan tuduhan yang tidak berasas berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Jurey berkata sebagai seorang figura dikenali, Sharnaaz perlu bersikap lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial.

Malah, aktor itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan sehingga berlaku perpecahan khalayak.

"Sharnaaz harus menunjukkan teladan yang baik dengan bersikap lebih bertanggungjawab dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan.

"Dia juga seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan awam agar boleh menyampaikan teguran secara lebih berhemah dan berfakta tanpa menyinggung mana-mana pihak.

"Pengaruh dan kedudukan Sharnaaz sebagai figura awam seharusnya digunakan untuk menyebarkan mesej yang membina dan bukan menimbulkan kekeliruan serta perpecahan di kalangan masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, pihak PTVM menegaskan penganjuran AJL39 adalah bawah bidang kuasa sebuah badan penyiaran swasta dan tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian Komunikasi.

Oleh itu, tindakan menyalahkan Fahmi berhubung isu tersebut adalah tidak relevan dan menunjukkan kurangnya pemahaman mengenai struktur industri penyiaran negara.

Screenshot 2025-02-18 213150.png

Sebelum ini, Sharnaaz menerusi akaun Instagram meluahkan rasa bimbang mengenai pemakaian tetamu lelaki yang menyerupai wanita di AJL39.

Malah, Sharnaaz juga meminta Fahmi mengambil langkah menjalankan tugas sebaiknya bagi menangani permasalahan tersebut.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Hal ini juga telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar bertanggungjawab berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 19-2-2025 03:23 AM
Adan uker… pesal ko x berani tegur bekas adik ipar ko yg menayang aurat tu dulu…
Quote mangkok 19-2-2025 05:54 AM
Tak yah nak jadi defender ahli politik yg memegang jawatan…..sebab itu bukan tugas kamu di letak di tempat kamu tu kot.
Pergi tengok balik video Sharnaaz tu…..amati inti pati yg nak dia kemukakan.
Don’t deflect from the issue.
Pada daku tak de pun dia  menyalahkan si Fahmi, hanya minta dia jalankan tugas dia…. which is a fair statement.
Quote bioessence 19-2-2025 06:06 AM
Fahmi kena policing baju apa Yg lelaki kena pakai atau tak bole pakai ke....bukan ke ini tugas jakim haul lelaki queer tu utk di bicara kan
Quote bioessence 19-2-2025 06:07 AM
manopBKK replied at 19-2-2025 03:23 AM
Adan uker… pesal ko x berani tegur bekas adik ipar ko yg menayang aurat tu dulu…

Dia pahlawan taik kucing je
Quote DARSITA 19-2-2025 06:34 AM

So apa bidang kuasa Kementerian Komunikasi ni? ada kah kuasa mereka terhad dan tidak boleh masuk campur kalau itu bukan under govt?

Quote SANKURIANG 19-2-2025 06:45 AM
Ni pun penunggang isu semasa gak ni. Baik la diam aja.
Quote alesandra 19-2-2025 07:36 AM
mangkok replied at 19-2-2025 05:54 AM
Tak yah nak jadi defender ahli politik yg memegang jawatan…..sebab itu bukan tugas kamu di letak di ...

industri hiburan ni akn ada satu atau kumpulan pencacai penjilat barua yg  over pada mana2 yg jadi kerajaan.suka menangguk air keroh.benda ni legacy.biasalah tu.
Quote Kuin-Kepam 19-2-2025 07:38 AM
peminat aina pad berdarah tersenyum sinis
Quote NazRysha 19-2-2025 08:28 AM
aliya iman pakai berkemban memalukan sungguh
Quote MadameOnion 19-2-2025 10:21 AM
apahal pulak nenas kena minta maap? penjilat menteri sungguh org tua ni
Quote sleepandream 19-2-2025 11:23 AM
menteri komunikasi dan digital la yg keluarkan lesen penyiaran... bukan nak cari salah... cari tindakan lanjut untuk prevent future recurrent... penerbit program pun shud accountable too... bg input and move forward... bukan jilat pak menteri...
Quote readbaca 19-2-2025 02:44 PM
Pada tahun 1992, Kementerian Penerangan telah membuat satu garisan panduan baru iaitu rambut bagi artis lelaki tidak boleh melebihi paras bahu dan sekiranya ingkar tindakan mengharamkan lagu dan artis terbabit dari muncul di TV akan diambil.

Jadi boleh kan buat garis panduan etika berpakaian lelaki & perempuan?
Quote readbaca 19-2-2025 02:44 PM
Edited by readbaca at 19-2-2025 02:46 PM

Duplicate
Quote September14 19-2-2025 02:52 PM
X pyh mnta maap btul la saranan shanas tu… menteri dah tu keje dia… gaji pun duit rakyat
Quote sharlenetexas 19-2-2025 02:53 PM
Pacik jurey nk jadi menteri gak ke?


Quote apedehal 19-2-2025 02:55 PM
Peponen punya onar..mamu hantu penang kna mnx mahap...gasak la kome
Quote QueenCaramel 19-2-2025 03:12 PM
Btol la tu..pasai pa nk salahkan pak munturi..tv3 yg patot diambil tindakan..nmpk je puak2 ni..tahan jgn bg masuk dewan..jgn bg lalu kt red carpet langsung..
Quote Shaheeran 19-2-2025 05:09 PM
Dia tak salahkan. Dia minta Menteri tengokkan hal ni. Aku setuju dengan saranan Sharnaaz ni. Dah over geng geng fefeeling nak jadi pompuan ni. Dah berani.
Quote adeqbun 19-2-2025 05:43 PM
Mmg slh ff pon..die xenforce ncm tokmat dlu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.576522 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top