CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rihanna pakai rantai mutiara dan berkaca mata hitam ketika beranak

10-3-2025 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2635| Komen: 2|Original author: Raline

we.PNG


Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia pada Sabtu, penyanyi Rihanna turut berkongsi ucapan dan pengalaman bergelar seorang ibu kepada dua orang cahaya mata.

Namun di sebalik perkongsian tersebut, ramai tertarik dengan gayanya ketika bertarung nyawa ketika proses bersalin anak-anaknya sebelum ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Rihanna secara berseloroh memberitahu walaupun sedang menahan sakit namun dia tetap mahu kelihatan cantik ketika menyambut kelahiran anaknya.



Kata Rihanna, ketika dalam bilik bersalin dia tetap memakai aksesori selain berkaca mata hitam.

“Saya memakai rantai mutiara dan kaca mata ketika bersalin. Jangan tanya! Banyak perkara yang berlaku,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan dia juga berkongsi gambar dua anaknya iaitu RZA dan Riot Rose selepas dilahirkan.

Sementara itu, penyanyi lagu Umbrella ini menganggap menjadi seorang ibu adalah satu hal hebat dilakukan sebagai seorang wanita.



"Setakat ini perkara paling hebat saya lakukan sebagai wanita adalah melahirkan anak dan bergelar seorang ibu. Mereka adalah keajaiban kecil saya,” luahnya.

Untuk rekod Rihanna dan pasangannya iaitu penyanyi rap ASAP Rocky memiliki dua cahaya mata bersama iaitu RZA, 3, seta Riot 2 tahun.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 10-3-2025 02:29 PM
awat la x pegi laser kutil2 kt leher tu
Quote Orix 10-3-2025 02:29 PM
awat la x pegi laser kutil2 kt leher tu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.205646 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top