CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Alia Bhatt belum beli rumah, bimbang terbeban hutang

10-3-2025 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7852| Komen: 1|Original author: tatod

1486955771.jpg


WALAUPUN memegang status sebagai salah seorang bintang Bollywood dengan pendapatan lumayan namun pelakon Alia Bhatt masih belum mempunyai kediaman sendiri.

Alia, 33, sebenarnya berasa ragu-ragu memiliki rumah sendiri kerana bimbang dengan bebanan pinjaman yang bakal ditanggung.

"Alia kini telah menjadi seorang pelakon yang bagus dan bekerjaya.

"Namun, dia masih tidak memiliki keinginan untuk membeli sebuah rumah kerana dia bimbang untuk membayar ansuran bulanan," kata sumber.

Dalam pada itu, keputusan Alia ini mungkin dipengaruhi oleh perjalanan hidupnya yang penuh dengan cabaran sebelum dikenali dalam industri.

Malah sejak kecil lagi Alia sudah berdikari dalam membina kerjayanya dan sentiasa meneroka pelbagai watak untuk mengembangkan bakat lakonannya.

"Alia sedang mencuba macam-macam peranan dalam kerjayanya untuk mengembangkan pengalaman dan kemahirannya.

"Sejak kecil, Alia telah melalui pelbagai cabaran dalam hidupnya walaupun dibesarkan di sisi bapanya iaitu Mahesh Bhatt," ujarnya.

Untuk rekod, Alia berkahwin dengan aktor Ranbir Kapoor pada 14 April 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Raha yang kini berusia 3 tahun.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TTun_Teja 10-3-2025 11:47 PM
Klau xnak terbeban hutang.......boleh bli cash..
Salah seorg pelakon yg berpendapatan lumayan kan..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.177060 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top