DI SEBALIK keberkatan dan kemeriahannya, bulan Ramadan juga menguji tahap keimanan umat Islam lebih-lebih lagi mereka yang berkerja.
Mana tidaknya, ramai berasa lemau, susah berfikir dan kurang produktif sehingga ada yang cuba mengelat daripada menyiapkan tugasan gara-gara berpuasa.
Alasan-alasan sedemikian sebenarnya bertentangan dengan konsep puasa sebenar yang bertujuan melahirkan umat Islam berdisiplin dan kuat walaupun dalam keadaan menahan lapar dan dahaga.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pelbagai cara boleh dilakukan untuk kekal aktif bagi meningkatkan tumpuan dan produktiviti pada bulan Ramadan.
Malah, tidak menjadi masalah sekiranya mereka mengambil masa untuk berehat seketika asalkan ia tidak menganggu pekerjaan. DI SEBALIK keberkatan dan kemeriahannya, bulan Ramadan juga menguji tahap keimanan umat Islam lebih-lebih lagi mereka yang berkerja.
Mana tidaknya, ramai berasa lemau, susah berfikir dan kurang produktif sehingga ada yang cuba mengelat daripada menyiapkan tugasan gara-gara berpuasa.
Alasan-alasan sedemikian sebenarnya bertentangan dengan konsep puasa sebenar yang bertujuan melahirkan umat Islam berdisiplin dan kuat walaupun dalam keadaan menahan lapar dan dahaga.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pelbagai cara boleh dilakukan untuk kekal aktif bagi meningkatkan tumpuan dan produktiviti pada bulan Ramadan.
Malah, tidak menjadi masalah sekiranya mereka mengambil masa untuk berehat seketika asalkan ia tidak menganggu pekerjaan.
Berikut adalah tips kekal cergas dan bertenaga di tempat kerja:
1. Lakukan aktiviti regangan ringkas setiap 2 jam
2. Bergerak ke tempat rakan anda untuk berbincang berbanding menggunakan telefon
3. Gunakan tangga dengan lebih kerap berbanding lif
4. Keluar berjalan pada waktu rehat
5. Berjalan atau berdiri semasa menggunakan telefon
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|