Malah, bukan dia sahaja tetapi ahli keluarganya turut mengalami nasib yang sama. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @wannorfairuz, kelihatan Baju Melayu dan Baju Kurung miliknya serta ahli keluarga yang lain disusun sebaris bagi menunjukkan perbezaan warna tersebut. Jelas wanita berkenaan, pada tahun ini dia sekeluarga memilih warna Rich Brown sebagai tema. Apa yang menjadi perhatian adalah rona (tone) warna baju masing-masing langsung tidak sama walaupun dari kumpulan yang sama iaitu coklat. Ada Coklat Terang, Ada Coklat Seakan Warna Kelabu Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat baju wanita berkenaan berwarna coklat seperti kayu manakala baju anaknya seakan-akan coklat keemasan. Lebih mencuit hati, dua lagi baju anak perempuannya mempunyai tone warna coklat yang menghampiri warna kelabu manakala baju Melayu milik suaminya menyamai warna coklat gelap. “Masalah beli dekat kedai dalam talian. Cacamarba. Aduh, hang (awak) tengok koko (coklat) dia, Astaghfirullahaladzim,” katanya dalam ketawa. Malah, dia berseloroh meminta pendapat pengikutnya sama ada dia perlu membeli baju yang lain dek kerana warna baju yang berbeza
|
cmf_anisss84 replied at 11-3-2025 09:54 AM
klu beli online kena tgk review yg ada gambar tu..klu betul baru beli...klu tk de gambar mmg tk beli ...
salimrock replied at 11-3-2025 09:17 AM
wa masa kanak2 dulu , family wa dn famiy pakcik wa mmg sedondon nak tau sebab apa?
sebab mak menaka ...
kepompong replied at 11-3-2025 12:55 PM
iyo lah . Zaman dulu2 bukanlah nak sgt sedondon, tapi nak jimat beli 1 papan
telracs replied at 11-3-2025 10:35 AM
So better la, contoh tema cokelat...
Tak kisahlah cokelat muda ke, tua ke, gelap ke, terang ke, ada ...