CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Superstar Tamil, Vijay anjur iftar besar-besaran jemput 15 imam

12-3-2025 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6657| Komen: 4|Original author: tatod

WhatsApp-Image-2025-03-10-at-10.21.46-1536x806.jpeg


BIARPUN bukan beragama Islam, bintang Tamil terkenal dunia, Thalapathy Vijay mengadakan majlis iftar besar-besaran di Chennai, India, bagi meraikan bulan Ramadan bersama masyarakat setempat, Jumaat lalu.

Berpakaian serba putih lengkap dengan kopiah, Vijay atau nama sebenarnya Joseph Vijay Chandrasekhar, 51, turut menyertai solat maghrib sebelum berbuka puasa bersama khalayak yang hadir.

Majlis berlangsung di pekarangan YMCA Royapettah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu termasuk imam dari 15 masjid sekitar Chennai.

Menurut laporan Free Press Journal, Vijay yang kini bergelar ahli politik itu juga dikatakan berpuasa penuh sebelum menjamu tetamu dengan pelbagai hidangan istimewa.

Gambar dan video sekitar acara tersebut tular dalam media sosial, memperlihatkan bintang filem Master itu berdoa serta beramah mesra dengan jemaah.

Sikapnya yang meraikan kepelbagaian budaya mendapat pujian ramai.

“Seorang superstar yang merendah diri. Inilah contoh pemimpin sejati,” kata seorang netizen.

“Vijay bukan sahaja hero di layar perak, malah di dunia sebenar. Penghormatan besar buatnya,” komen seorang lagi.

“Sederhana tapi bermakna. Semoga terus berjaya dalam dunia politik!” ujar seorang pengguna X.

Vijay kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Tamil Nadu 2026 melalui parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK).

Vijay merupakan penganut Kristian namun sangat menghormati pegangan agama lain termasuk Islam dan Hindu.

Sementara itu, filem terakhirnya sebelum meninggalkan dunia lakonan, Jana Nayagan arahan H. Vinoth dijangka menjadi penutup gemilang karier seninya.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Pooja Hegde, Bobby Deol, Gautham Vasudev Menon dan Prakash Raj.

Sebelum ini, filem aksi dibintanginya berjudul The Greatest of All Time (GOAT) arahan Venkat Prabhu mencipta kejayaan besar di pawagam. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 12-3-2025 03:36 PM
aku minat btl ngn Vijay nie.. dia taw dia xkn lama dlm industri.. terus berjinak2 ke politik..
Quote Shayang 13-3-2025 04:54 PM
Oh dia Kristian ke patutlah Nama joseph
So tak pelik laa dia meraikan peminat isley dia
Kalau agama kuat sentap satu lagi tu mana maunyaaaa
Quote Minami2013 14-3-2025 01:45 PM
Dia mmg nk masuk politik kan. Meols suka betul dia ni berlakon.
Quote shernazz 16-3-2025 05:57 AM
Iols selalu temgok video pendek di fb..tau cite dia jadi pegawai makanan tu je lah..hahaha

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.034142 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top