CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Melampau tuduh Kim Soo Hyun jalin hubungan dengan mendiang Kim Sae Ron, agensi bakal ambil tindakan

12-3-2025 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6972| Komen: 16|Original author: Raline



Screenshot 2025-03-12 075153.png


AGENSI pengurusan pelakon Kim Soo Hyun bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Garosero Institute (Ga Se Yeon) atas dakwaan yang dibuat oleh saluran YouTube berkenaan.

Allkpop melaporkan, agensi Soo Hyun iaitu Gold Medalist mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan aktor berkenaan pernah menjalin hubungan dengan pelakon Kim Sae Ron ketika di bawah umur serta terlibat dengan skandal memandu di bawah pengaruh dadah (DUI).

"Mereka (Ga Se Yeon) mendakwa kami dan Soo Hyun bersekongkol dengan YouTuber Lee Jin Jo untuk menganiaya mendiang Sae Ron bahawa Soo Hyun pernah bercinta dengannya sewaktu dia berusia 15 tahun.

"Dakwaan insiden DUI juga adalah 100 peratus palsu dan tidak boleh diterima sama sekali.

"Agensi kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ga Se Yeon kerana menyebarkan maklumat palsu," katanya.

Screenshot 2025-03-12 075253.png


Dalam pada itu, agensi pelakon drama Queen of Tears ini menentang sekeras-kerasnya tindakan Ga Se Yeon  kerana menyebarkan khabar angin tidak berasas.

Pihaknya turut memberi amaran untuk menghentikan segala penyebaran maklumat yang tidak benar.

"Penyebaran maklumat palsu ini hanya mencetuskan budaya 'cyber wrecking' yang memberi kesan kepada mendiang. Perkara ini tidak boleh dibiarkan.

"Sila elakkan daripada menyebarkan atau mengeluarkan semula maklumat palsu yang tidak berasas," ujarnya.

Sebelum ini, menerusi strim secara langsung di YouTube, Ga Se Yeon mendakwa Soo Hyun dan Sae Ron menjalin hubungan cinta selama enam tahun sejak mendiang aktres itu berusia 15 tahun.

Saluran YouTube itu memetik nama ibu saudara Sae Ron yang membuat dakwaan bahawa agensi Gold Medalist itu melayan Sae Ron secara tidak adil berikutan insiden DUI.

Screenshot 2025-03-12 075305.png

Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, timur Seoul, Korea Selatan.

Aktres berusia 24 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.55 petang oleh rakannya yang merancang untuk bertemu mendiang.

Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gorjeous 12-3-2025 03:00 PM
Wow betul ke.
Quote dakewa 12-3-2025 04:45 PM
gorjeous: Wow betul ke.


Rasa cam betol. Kan dah leak gamba heols dgn mendiang ni
Quote BoongaKertas 13-3-2025 01:01 PM
td terbaca yg mendiang msg mamat ni minta tlg consider psl pinjaman sbb sheols xdpt kerja masa tu. financially teruk masa tu tp heols x reply. sedih plak.
Quote MadameOnion 13-3-2025 03:41 PM
sebelum ni ada je hint KSH bgtau umor dia 41 dia nak kawin dgn pompuan umor 21..dah la aku minat KSH ni...arrrgghhh red flag rupanya
Quote ayukpingu 13-3-2025 03:42 PM
his actor life going to end soon...
Quote MadameOnion 13-3-2025 03:43 PM
BoongaKertas replied at 13-3-2025 01:01 PM
td terbaca yg mendiang msg mamat ni minta tlg consider psl pinjaman sbb sheols xdpt kerja masa tu. f ...

won bin pun ada offer nak settlekan hutang tu..tapi KSH taknak..he chose to torture and harass KSR..
Quote syamzana 13-3-2025 06:52 PM
jahatnya mamat ni tp still ramai pembekap ujung2 katanya bdk 15thn mmg dah gelenyar bkn salah somen. baru td bc kat thread.
bodonye minah tu, kalau pun bdk tu gelenyar sah2 la bdk2 baya gitu mmg laa otak ngek lg yg jantan dah matang melayan kenapa?? smpai 6thn bercinta
Quote Dorotheas 14-3-2025 04:53 AM
dakewa replied at 12-3-2025 04:45 PM
Rasa cam betol. Kan dah leak gamba heols dgn mendiang ni

Minggu depan kalau si KSh ni bagi statement merapu,si youtuber tu akan release gambar dia berbogel tengah cuci pinggan mangkuk
Quote dakewa 14-3-2025 06:08 AM
Dorotheas replied at 14-3-2025 04:53 AM
Minggu depan kalau si KSh ni bagi statement merapu,si youtuber tu akan release gambar dia berbogel ...

Ohhemmmgeeee! Mesti KSH tgh serabutttt skrg ni kan.
Quote qistiena 14-3-2025 06:46 AM
No wonder dlm program GD nampak mcm mamat ni try hard to entertain semua dlm group 88 line tu. Ada udang sebalik ramyeon rupnya
Quote Zezo 14-3-2025 07:19 AM
Tapikan, klu perhatikan raut muka KSH ni, nampak jenis jantan saiko, sombong dan kejam. Set² muka mamat cina masa zaman aku sekolah, aweks kekeling pinggang dan anak org kaya.

Tapi nak salah kan dia total yg pmpn tu suixide. Tak boleh gak. Walaupun dia merupakan salah satu punca yg contribute. Bagi aku, environment dgn society South Korea punca besar knp ramai suicide.
Quote my_irina 14-3-2025 07:30 AM
leh tahan gak komentar indo fans dlm net
Quote dekmieDandy 14-3-2025 08:41 AM
euuuww pedo rupanya. time tv show pandai buat muka innocent
Quote kessah 14-3-2025 08:56 AM
aduhai smpai mggu dpn baru nk bg satement. Bagi je la minggu ni .
Quote ayukpingu 14-3-2025 09:04 AM
eventhough ada beberapa produk dah cancelling dia ni tp sales masih maintain. lagi satu, mamat ni kaya jadi apa2 tuduhan yang dia terima tak mustahil akan ada coverina yang mantap.apa2 pun tunggu minggu depan punya statement.
Quote shernazz 16-3-2025 06:00 AM
qistiena replied at 14-3-2025 06:46 AM
No wonder dlm program GD nampak mcm mamat ni try hard to entertain semua dlm group 88 line tu. Ada u ...

Habis dia obershadow semua..hahaha
Tapi iols suka.dia.bercerita.masa kawan dia tegur dia kat kedai olive tu...
Tak sangka sungguh iols..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.182481 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top