CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan ribut, banyak khemah rosak di Jalan TAR. Peniaga dakwa susun atur khemah yang tidak bersesuaian

13-3-2025 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8819| Komen: 12

 

KUALA LUMPUR – Operasi perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini terpaksa dihentikan sementara waktu susulan hujan lebat dan ribut petir petang tadi.

Cuaca buruk itu menyebabkan beberapa khemah menimpa gerai menyebabkan barangan dan peralatan perniagaan rosak.

Menerusi beberapa video tular yang dikongsikan orang ramai di media sosial, peniaga terpaksa menghentikan operasi perniagaan ekoran hujan lebat dan angin kencang pukul 3 petang.

Ada peniaga yang terpaksa melakukan kerja-kerja pembaikan khemah selain mengalihkan barangan jualan bagi mengelakkan kerugian lebih besar.

Bukan sahaja pakaian raya, malah peniaga makanan dan minuman turut terkesan dengan cuaca buruk tersebut.

Difahamkan, terdapat beberapa peniaga yang mendakwa susun atur khemah yang tidak bersesuaian penyebab kepada kerosakan itu.


Berita lanjut menyusul. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gokuuu 13-3-2025 08:21 AM
Siapa yg boleh menolak kuasa alam?
Banglo sebiji pun boleh tercabut angkara banjir.
Quote Samerosie 13-3-2025 09:02 AM
Khemas antara bangunan lorong kecil, bila hujan ribut jadi wind tunnel pastu khemah lak tutup all fours sebab nak elak kena basah jadi E = mc²
Quote BoongaKertas 13-3-2025 12:16 PM
apa plak dimarahkan kat org dbkl tu. kesian depa. kuasa alam weh, takde sape mampu lawan.
Quote opie5662 13-3-2025 12:18 PM
Byk songeh peniaga2 ni. Dah la maki hamun DBKL sbb tak tolong. Padan kan muka. Bila DBKL buat keje kemain di maki hamun jugak, siap gigit tangan org. Skrg DBKL tgk ke korang kutip brg korang. Rasakan la, hidup menyombong sgt
Quote cikatilia 13-3-2025 01:01 PM
dinding lrt pon boleh roboh ini kan plak khemah aje pun..
masing2 aneh2 merempan mengamok xtentu hala dah kenapa
Quote TeropongThaico 13-3-2025 01:45 PM
Dah faktor alam semula jd pun nak mengamuk. Dugaan reda je la bkn blh DBKL tu nak cegah... Diarg ni saja nak cari salah DBKL ke lbh suka bayar sewa tapak mahal kot
Quote Radzor 13-3-2025 02:19 PM
refund la sikit prorate ikut berapa hari ribut melanda
Quote AbukRokok 13-3-2025 02:54 PM
amarah tuhan ni apa yg type m sudah buat sampai tuhan asyik marah saja pd peniaga2 mereka ni sampai memberikan baler
Quote kemaruk 13-3-2025 03:37 PM
Jangan la kutuk pengurusan team baik
Quote Cyempaka 13-3-2025 05:24 PM
Aku biasanya mmg kesian tgk peniaga yg terkesan dgn ribut tapi tidak untuk mereka² ni. Menyampah pulak tgk dok terjerit2 marah dbkl tak tolong. Kau nak derang tolong apa? Kutip brg brg kau ke? Igt org kuli dia ke..
Tiba2 masing2 terer baca laluan angin lah itu lah inilah.. ada je benda nak salahkan org.
Ah malas aku nk g jln sana thn ni
Quote Gokuuu 14-3-2025 07:03 AM
Dlm tiktok semua pakat kecham makcik yg salahkan dbkl tu.Padan uke

Tak sgka dbkl pun skrg dah pandai upah angin ribut rosakkan khemah acik2 peniaga[em:11:]
Quote pokokmeranti 14-3-2025 07:29 AM
cuba peniaga2 nie tgk pekerjaan seorang penoreh getah. musim kering x boleh toreh...musim hujan x boleh toreh. lagi kesian kais pagi makan pagi. berminggu2 berlaku. ini baru sekali dua dah macam org hilang kewarasan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.126215 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top