CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Susah nak cari bini terima budak tiga suku macam saya’ - Naim Daniel

13-3-2025 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8956| Komen: 18

 


Penyanyi dan komposer, Naim Daniel mendedahkan impian terbesarnya buat masa sekarang adalah berkahwin sekali gus membahagiakan syurga hatinya iaitu ibu tersayang, Nora Taher.

Naim, 28, atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel bin Baharin berkata, dia menanti dengan penuh sabar dikurniakan seorang isteri yang dapat menerima diri seadanya.


‘Impian terbesar saya untuk dijadikan realiti mungkin berbini kot. Buat masa sekarang, saya belum ada lagi (bini).

“Ibu mana yang tak nak tengok anaknya berkahwin dan bahagia. Saya rasa spektrum kebahagiaan baharu buat orang tua adalah nak bagi menantu buat mereka,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran EP terbaharu Iman Troye, Janji Raya sebentar tadi.

Mengakui sedang mengenali hati budi seseorang, pelantun lagu Sumpah itu berkata, andai sudah berkahwin nanti, dia ingin sentiasa berkepit dengan permaisuri hatinya.

Pada masa sama, Naim juga terbuka untuk berjodoh dengan mana-mana wanita tanpa mengira pangkat atau jurang usia.

“Tahun ini, saya cuba untuk mengenali seseorang juga tapi kita tengok how it goes (macam mana). Saya tak nak tergesa-gesa benda-benda begini.

“Saya tak kisah orang industri atau sebaliknya. Dan, kalau wanita itu lebih berusia berbanding saya pun, saya okey.

“Asalkan wanita itu nanti faham cara kerja dan tanggungjawab masing-masing, saya okey. Saya lelaki yang mengada-ngada. Makan pun nak bersuap. Susah nak cari bini yang boleh terima budak tiga suku macam saya,” katanya lagi.


Sebelum ini, Naim pernah digosipkan bercinta dengan Iman Troye, namun pelantun lagu Teman itu menjelaskan kepada media bahawa hubungan mereka seperti adik-beradik sahaja. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-3-2025 07:59 AM
sebab tu naima cari suami kan..
Quote belacan_gurl 13-3-2025 08:21 AM
Mamat nih xtau knp aku rengsa btoi dgn dia hahahaha jenis over dia nih...bukan lelaki yg tenang2
Quote None68 13-3-2025 08:36 AM
belacan_gurl replied at 13-3-2025 08:21 AM
Mamat nih xtau knp aku rengsa btoi dgn dia hahahaha jenis over dia nih...bukan lelaki yg tenang2

Betul la tu, dia pun mengaku dia tiga suku kan
Quote meah_kelabu 13-3-2025 08:56 AM
org mcm ni kene cari bini yg lg masuk air dari dia
Quote prince_marhaen 13-3-2025 09:48 AM
...Saya lelaki yang mengada-ngada. Makan pun nak bersuap. Susah nak cari bini yang boleh terima budak tiga suku macam saya..
nok.... takyah nak coverina sangat nok... 10 batu dah tau kau bottom forever.
Quote talapia 13-3-2025 12:49 PM
aku suka si Naim Daniel ni.. nampak bersungguh buat keje..
Quote duri_durians 13-3-2025 01:34 PM
makan bersuap tu mcm cari babysitter...

apa pun ada jodoh ada la. semua rahsia Allah swt...
Quote kucingitam 13-3-2025 02:03 PM
betul..akak sokong kau dik..
Quote AbukRokok 13-3-2025 02:52 PM
prince_marhaen replied at 13-3-2025 09:48 AM
nok.... takyah nak coverina sangat nok... 10 batu dah tau kau bottom forever.

oloholoholoh nok cuap yeeee olo ucukucuk lodge 33 hukhukhuk
Quote supernaturalee 13-3-2025 05:01 PM
prince_marhaen replied at 13-3-2025 09:48 AM
nok.... takyah nak coverina sangat nok... 10 batu dah tau kau bottom forever.





well said
acah2 sgt konon
Quote anony-mous 13-3-2025 06:37 PM
Dia ni ada bipolar ke? Perangai mcm si butang yg ada bipolar tu. kecelaruan identiti pon mcm ye. Dia ni i amaze suara bercakap xsedap tp bila menyanyi sedap
Quote rayna_raynes 14-3-2025 01:52 AM
anony-mous replied at 13-3-2025 06:37 PM
Dia ni ada bipolar ke? Perangai mcm si butang yg ada bipolar tu. kecelaruan identiti pon mcm ye. Dia ...

Taklah. You tau ke orang bipolar sebenar cemana? Dia just very energetic je. Mungkin ada ADHD sikit coz dia jump from one thing to another very fast but otherside tak nampak mcm bipo pun.

Quote anony-mous 14-3-2025 01:55 AM
rayna_raynes replied at 14-3-2025 01:52 AM
Taklah. You tau ke orang bipolar sebenar cemana? Dia just very energetic je. Mungkin ada ADHD siki ...

Sbb xtau la i tanya.
Quote miss_strangers 14-3-2025 03:23 AM
Dia ni cm sepadan pulak dgn Iman troyer
Quote MadameOnion 14-3-2025 08:09 AM
dia kalau berlakon jadi budak terencat menjadi betullll
Quote Mekgadis16 14-3-2025 08:18 AM
Aku pun rasa dia macam ada ADHD sikit. Character dia lebih kurang macam kawan aku. Kawan aku tu pun dah di diagnose ada ADHD
Quote TomyamPuteh 14-3-2025 10:00 AM
Tapi bila dia bercakap ada isi
Quote BungaKencana 14-3-2025 12:13 PM
aku minat kete kau je naim.. lain2 tak mnt.. kihkihkih.. blh tak kawen demi kete tu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.329471 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top