![]()
ZAINAL Abidin Sabri mengaku bersalah menunjukkan kemaluan kepada remaja perempuan dalam kejadian dua minggu lalu ketika didakwa di Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini. PARIT BUNTAR: “Kamu tidak malu ke tunjuk kemaluan dekat orang?” Demikian soal Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi sebelum menjatuhkan hukuman penjara 18 hari terhadap Zainal Abidin Sabri, 72, yang mengaku bersalah menunjukkan kemaluan kepada remaja perempuan berusia 18 tahun, dua minggu lalu. Menurut beliau, kesalahan seumpama itu bukan kes pertama kali berlaku dan mahkamah tidak membenarkan permohonan denda terhadap tertuduh. “Kamu dipenjara, penjara 18 hari dari tarikh hari ini. Kamu keluar penjara (nanti), esok dah nak raya,” ujar beliau dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua orang anak itu didakwa telah membuka zip seluar yang dipakai dan menunjukkan kemaluannya kepada remaja itu dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa. Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kedai sejuk beku pada pukul 5.24 petang, 2 Mac 2025. Pertuduhan terhadap lelaki warga emas itu dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir manakala tertuduh yang juga pesawah itu diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Ruhan ‘Imran Abdul Halim. Mengikut fakta kes, semasa mangsa sedang bekerja, dia telah dihampiri seorang lelaki yang bertanyakan sama ada kedai tersebut menjual minyak masak atau tidak, namun diberitahu tiada sebelum tertuduh memberitahu dia mahu seluar dalam yang dipakai remaja terbabit. Mangsa tidak mempedulikan permintaan lelaki tersebut meskipun dia mengulangi perkara itu beberapa kali. Tertuduh kemudian berlegar-legar di dalam kedai dan sebelum beredar, mangsa nampak tertuduh membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan ke arahnya. Tindakan tidak bermoral tertuduh yang sebelum ini kerap datang ke kedai itu untuk mengganggu mangsa, dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut. – UTUSAN
|
Orenn1 replied at 12-3-2025 07:05 PM
Adoiii rupa huduh ko nak nak tunjuk kote phuiii huh
B40tastePosh replied at 12-3-2025 11:19 AM
Rasanya kote dia rupa macam mana dgn rupa macam tu?
Orenn1 replied at 12-3-2025 08:11 PM
Ntah malas nak imejin yucksss
B40tastePosh replied at 12-3-2025 11:19 AM
Rasanya kote dia rupa macam mana dgn rupa macam tu?
Decaffeinated replied at 14-3-2025 07:57 AM
Soalan majistret tu tak berapa cerdik. Kurang membaca barangkali.
Kitty_catz replied at 14-3-2025 10:28 AM
ehh org kata kalau kecik kuruh.. kote 7.5"
B40tastePosh replied at 14-3-2025 10:33 AM
Majistret memang ramai otak letak kat lutut.
Muka masing2 pun kepam takde seri.
ADVERTISEMENT