CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dia berdua bergaduh, orang lain jadi mangsa

13-3-2025 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8524| Komen: 5

 


PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal terjatuh terkena pintu lori yang secara tiba-tiba dibuka oleh pemandunya, dalam kejadian di Semenyih, petang semalam.

Kejadian itu dirakam seorang pengguna TikTok pijawafa dan pada video berkenaan, kelihatan dua lori sedang berhenti secara bersebelahan di sebuah laluan lampu isyarat.

Kemudian kelihatan beberapa penunggang motosikal melalui ruangan antara kedua-dua lori tersebut.

Bagaimanapun, seorang daripada pemandu lori secara tiba-tiba membuka pintu dan ia terkena seorang daripada penunggang motosikal sekali gus menyebabkan dia terjatuh.

Menerusi komen pada TikTok pijawafa, wanita itu menceritakan situasi yang berlaku.


“Dia bergaduh berdua, akhirnya orang lain jadi mangsa. Tak ada bahagian dua sebab tak sengaja rakam. Asalnya dia bergaduh tunjuk-tunjuk tangan saja.

“Tak tahu pula dia boleh ‘bantai’ nak turun lori tu. Mana fikir orang sekeliling, sebab dia nak bergaduh, kita orang jadi mangsa dah sepanjang jalan sesak sebab dua orang ni,” dakwa wanita itu.

Orang ramai turut marah dengan tindakan pemandu tersebut yang menyebabkan orang lain menjadi mangsa.

“Menyirap betul tengok. Tak pasal-pasal orang lain yang jadi mangsa,” komen seorang pengguna TikTok.

“Tak pasal orang lain jadi mangsa keadaan. Harap penunggang tu okay lah,” ujar seorang lagi individu.

Pada video berkenaan, pemandu lori yang membuka pintu tersebut dilihat turun dari kenderaannya membantu penunggang motosikal yang terjatuh. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 13-3-2025 09:23 AM
gajah sama gajah bergado, pelanduk mati di tengah2
Quote prettyuglybabe 13-3-2025 10:58 AM
tengok kaler tangan pun tau perangai macam mana
Quote Purestteam1 13-3-2025 10:59 AM
pilot sama pilot pun nk gaduh ke
Quote B40tastePosh 13-3-2025 11:55 AM
ketambangkang replied at 13-3-2025 09:23 AM
gajah sama gajah bergado, pelanduk mati di tengah2

Ngam

Keling gaduh dengan Keling, Melayu selalu tersepit tengah tengah.
Quote supernaturalee 13-3-2025 03:12 PM
org tu dh jatuh die blh bg hand gesture je dulu

bagus abg kt blkg turun moto nk tlg sm angkat mamat yg kena tu sungguh pun hmpir nk jatuh jgk sblm tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.033517 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top