CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Pukul 2 pagi dia kalut pasal ayam nak tidur mana

13-3-2025 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8373| Komen: 1

 


PETALING JAYA – Kerisauan seorang lelaki tentang tempat tidur ayam peliharaannya membuatkan seluruh ahli keluarga terlepas waktu sahur.

Perkongsian melalui TikTok oleh @Tehaishaqi2, memaparkan adik lelakinya berasa sangat risau ekoran ayam peliharaannya tidak mempunyai tempat tidur pada pukul 2 pagi.

“Pukul 2 pagi dia buat kalut risaukan ayam dia tak tahu nak tidur di mana, menyebabkan semua ahli keluarga tidak bersahur pagi ini,” katanya.

Reaksi ahli keluarga turut membuatkan pengguna media sosial geli hati apabila ibu bapa mereka turut serta memikirkan jalan penyelesaian untuk tempat tidur haiwan kesayangan anaknya itu.

Gelagat haiwan peliharaan lelaki tersebut turut mencuri perhatian ramai apabila ayam berkenaan duduk dengan sopan di riba pemiliknya.

“Bagilah ayam tidur dalam bilik, adik tidur dalam sangkar di luar ye,” komen @ZansSaid07.


“Satu rumah marah, tapi satu rumah juga yang tolong cari solusinya,” kata @Belle.

“Sebelum ini ayam itu tidur di mana? Serius saya tanya ini,” balas @NurulAsmida. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-3-2025 09:21 AM
Ingatkan si Nazhan yg dipeluk oleh lelaki tu.. ekekeke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.133935 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top