CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sudah-sudahlah memburukkan saya kepada media’ - Isteri pelawak Along Cham

13-3-2025 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10792| Komen: 30

 


Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi meminta pihak suaminya berhenti memburuk-burukkan dirinya kepada umum seperti yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut Afreena, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kata-kata negatif apatah lagi menyebarkan perkara aib mengenai Along dan keluarganya kepada pihak media.

“Saya telah menonton video dan kenyataan pihak mereka yang mendakwa saya bercakap buruk kepada media tentang keluarganya.

“Sepanjang kes ini berlaku, saya rasa sikit pun tidak keluarkan mana-mana kenyataan kepada media yang memburuk-burukkan pihak sana.

“Sudah-sudahlah itu memburuk-burukkan saya kepada media,” katanya dalam Instagram Story.

Dalam pada itu, wanita yang mesra dibahasakan Feena itu turut menegaskan status rumah tangganya masih lagi terikat secara undang-undang meskipun belum diputuskan secara rasmi mereka sudah bercerai atau sebaliknya.


“Ketika ini kami berdua menunggu langkah seterusnya (untuk dokumentasi mengikut undang-undang secara rasmi) kerana kesilapan teknikal pihak plaintif kerana kesalahan mengisi borang,” ujarnya.

Kemelut rumah tangga Feena dan pelawak itu berlanjutan dengan permohonan pengesahan lafaz taklik yang disebut di mahkamah namun ditunda ke 8 Mei depan berikutan kesilapan Along mengisi dokumen tuntutan.

Semasa prosiding pengesahan lafaz taklik pada Isnin, ibu kepada Along iaitu Siti Habsah Kadir juga mendedahkan tidak bercakap dengan anak sulungnya itu sejak dia berkahwin semula pada tahun lalu.

Dakwa Habsah, timbul salah faham dalam keluarga mereka yang berpunca dengan kenyataan dikeluarkan Feena. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-3-2025 09:18 AM
Along ni meolls rasa red flag le.. mcm ada sifat narsistik pun ada
Quote Nurul_007 13-3-2025 09:25 AM
Yg ni netizen tk pula maki along sb teruk sgt buka aib bini pdhal dia ni pn bukan bagus sgt
Quote IzzahF 13-3-2025 09:38 AM
kalo dah jenis amik barang, macam laki zanita tu....tehtap la dia rasa dia btl
Quote Hoola 13-3-2025 09:48 AM
jaman la ni hal rmhtngg semua dh jd fardu kfayah para rkyt jelata
Quote A-Are 13-3-2025 10:50 AM
Nurul_007 replied at 13-3-2025 01:25 AM
Yg ni netizen tk pula maki along sb teruk sgt buka aib bini pdhal dia ni pn bukan bagus sgt

netizen pilih kasih...kalau artis wanita je dikita buka aib...yg bila lelaki buat krikrikrik..
Quote BungaKencana 13-3-2025 11:19 AM
along ni mcm tak tgk kesalahan sndr.. kau nk cerai, cerai jela elok2... kang buat ex wife mcm gini tiber dia plak sangkut balik dgn kes dadah tu... adan uke!
Quote BoongaKertas 13-3-2025 12:08 PM
lama2 tgk mcm redflag plak mamat ni
Quote naina 13-3-2025 01:32 PM
Red flag gila mamat ni. Beriya betol. First tengok artis laki bukak aib dgn seronoknya xsudah2 pasal wife dia.
Quote sayawifenikmie 13-3-2025 01:40 PM
takut nya dengan lelaki macam ni
semoga anak cucu kita yg perempuan dijauhkan dengan lelaki begini
dan anak cucu lelaki kita tidak bersikap begini
Quote aryyan 13-3-2025 01:42 PM
sayawifenikmie replied at 13-3-2025 01:40 PM
takut nya dengan lelaki macam ni
semoga anak cucu kita yg perempuan dijauhkan dengan lelaki begini
d ...

smoga dijauhkan kturunan kita cmni kan.
along ke yg pi bg statement kt wartawan?
or ni crita msa dia dlm mahkamah?

msa sronok smua nya indah. dh xsuka. mtk cerai. smua la ungkit.
Quote sayawifenikmie 13-3-2025 02:22 PM
Edited by sayawifenikmie at 13-3-2025 11:35 PM
aryyan replied at 13-3-2025 01:42 PM
smoga dijauhkan kturunan kita cmni kan.
along ke yg pi bg statement kt wartawan?
or ni crita msa d ...

..... betul sis.

salah fail apa entah kat mahkamah
dia kata sebab isteri dia pasang 2 lawyers dah macam menyulitkan proses  

Quote kucingitam 13-3-2025 02:26 PM

teruknya sampai bini dia pasang 2 loyer pun jadi kesalahan.. ikut bini dia la nak pasang sploh loyer pun..
Quote sayawifenikmie 13-3-2025 02:43 PM
kucingitam replied at 13-3-2025 02:26 PM
teruknya sampai bini dia pasang 2 loyer pun jadi kesalahan.. ikut bini dia la nak pasang sploh loy ...

itu lah ... tuan hakim siap suruh dia lantik loyer



https://www.astroawani.com/berita-malaysia/silap-isi-borang-mahkamah-arah-along-cham-lantik-peguam-syarie-511850

Quote doubleA 13-3-2025 02:58 PM
Ko membujang jela sampai kertu, laki camni tak patut kawen. So duduk je dengan anak dan bawah ketiak family
Quote sha82 13-3-2025 03:07 PM
Apa la silap along ni sampai habis terkeluar perangai sebenar lately ni. Dulu ingat dia ni ok2 je
Quote aryyan 13-3-2025 03:11 PM

dia ni boleh isi silap borang, lepastu salah maklumat.
reti ke idok ni.
dia ingt mudah cmtu ja kot cerai.
asalkan lafaz, dh setel.

ek elek. ko nk nikah dulu pn isi borang byk kecadak.
tiba2 mai nk cerai smua serba tak betoi.

ada 2 lawyer la boleh cerai without gagal.
maybe ex nk prepare kot ada tuntuan apa2 kan.
hahaha.
Quote weezerfan 13-3-2025 03:16 PM
Jantan taik dadah ni pun ada org layan mulut dia.dr berbini ngan budak af tu lagi mulut dia x berenti mcm pondan.byk sgt cekik ganja
Quote MadameOnion 13-3-2025 03:26 PM
sweet potatoes mesti suka jenis jantan yg buka aib bini
Quote cmf_PariS 13-3-2025 03:37 PM
tahnye lupa diri taik dadah pastu nk turn salah bini pulak.. dia yg mendadih ehhhhh kau ek

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046176 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top