CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Dua beradik gigih hantar ‘order’ sampai 12 tengah malam

13-3-2025 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8560| Komen: 26

 


PETALING JAYA – Pengguna kenderaan ‘terganggu’ dengan kehadiran beberapa ekor lembu di atas jalan raya, sewaktu menempuh kesesakan di waktu pagi di Lebuh Raya Shah Alam.

Video kejadian itu dikongsikan seorang pengguna TikTok, Kolin Dollah berhubung kehadiran lembu berkenaan yang mana, ada pengguna mengakui hampir melanggar haiwan tersebut.

“Patut perlahan jalan, tujuh ekor sekali dekat jalan raya. Pagi-pagi memang sesak jalan ni, tapi hari ini kebetulan ada lembu tujuh ekor. Kejadian di simpang lepas Kota Kemuning,” kata Kolin pada video yang dimuat naik kelmarin.

Seorang pengguna TikTok yang lain juga memaklumkan dia melalui jalan tersebut dan hampir melanggar lembu itu.

“Sumpah saya ada di situ baru sahaja dan hampir terlanggar lembu,” katanya.

“Saya pun nampak masa tu. Lembu berkeliaran dan ada seekor kena langgar dengan lori, kasihan. Harap masih hidup sebab saya tengok ada pergerakan sikit,” dakwa seorang lagi individu.


Dalam pada itu, orang ramai marah dengan perbuatan pemilik lembu yang membiarkan haiwan ternakan itu berkeliaran sekali gus mengundang risiko keselamatan.

“Biasa kalau tengah jalan ni, pemilik memang dah lepas tangan. Sebab tak sanggup nak bayar denda, saman dan belum lagi yang tuntut insurans, peguam. Pilihan mereka biar lembu hilang daripada masuk penjara,” kata seorang pengguna TikTok.

“Majlis agama dah boleh keluarkan fatwa mana-mana lembu di tengah jalan tanpa ada tuan, orang ramai boleh ambil bawa balik,” cadang seorang individu.

“Ini ‘roadblock’ ni. Minta lesen dan kad pengenalan,” ujar seorang individu berseloroh.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-3-2025 09:15 AM
Apa kene mengena LEMBU dgn 2 beradik gigih hantar order tengah malam?
Admin ni sahur ke tak pagi tadi? Ekekekekekekekekeke  apoo laaaaa mu ni
Quote imransulaiman 13-3-2025 09:45 AM
Laaaahhhhh! Tajuk lain, berita lain.. Adoiiiii
Quote akies 13-3-2025 09:46 AM
Sekali baca artikel pasal lembu [em:3:]
Quote prettyuglybabe 13-3-2025 10:49 AM
wartawan dalam kelas belakang tersendiri
Quote Purestteam1 13-3-2025 10:51 AM
haha.. blur.. org lain pun puasa gak
Quote sukacactus 13-3-2025 10:51 AM
Dari lembu masak jd oden ke apa ni?
Quote hijau_serindit 13-3-2025 12:34 PM
tu dia... jenuh skrol atas nk tgk tajuk. isi tak sama langsung.
Quote BungaKencana 13-3-2025 12:36 PM
wey apahal gmbau dgn artikel tak sinkronais...
Quote TabletSusu 13-3-2025 12:40 PM
gigih aku baca sampai habis.. kot lah ada kaitan dengan dua beradik ni.. hare
Quote selipar_hijau 13-3-2025 12:45 PM
order lembu sampai 12 tgh malam ke?
sape yg order tu?
Quote Skuau 13-3-2025 12:52 PM
Apa u ingat kita limbu ka..tada sekolah punya worang-orng kt gmbr atas tu
Quote chikumanis 13-3-2025 12:58 PM
minnnnnnnnnnnnnnnnnn!! gigih me baca tau..sekali tak relate pun tajuk dan cerita!
Quote hird 13-3-2025 01:00 PM
Bulan ni kasi potong gaji Rm50
Quote B40tastePosh 13-3-2025 01:07 PM
Lupa nak sahur ke?

Quote TeropongThaico 13-3-2025 01:33 PM
Hahhhaha tt tak sempat sahur ke?
Semangat aiol baca dari mula sampai habis. Ingatkan ada kaitan. Noh rokiah.... Takde langsung hubung kait
Quote Supersirap 13-3-2025 01:50 PM
Awat macam ni...
Quote zehra2 13-3-2025 01:58 PM
ingat ada lembu kat pagar
Quote tahanie 13-3-2025 02:01 PM
Selangor je ada mesyuarat pasal nak handle lembu
Quote nellyberry 13-3-2025 02:11 PM
Ingatkan sebab lembu kat jalan raya, dua beradik ni pun tersangkut sama sampai pukul 12 masih gigih nak menghantar order.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.047246 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top