CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Telinga langsung tak dengar’ – Iman Troye dikejarkan ke hospital

13-3-2025 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8098| Komen: 9

 


Penyanyi Iman Troye dikejarkan ke hospital akibat masalah telinga dan tekak semalam namun tetap berdegil terus bekerja meskipun doktor menyarankan agar berehat dahulu.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, berkata keadaan kesihatannya semakin membimbangkan berikutan berbulan-bulan bekerja tanpa henti.

“Awalnya saya ke hospital untuk dapatkan ubat sahaja kerana tekak dan telinga saya sakit.

“Telinga kanan langsung tak dengar, tekak pun sakit sebab nyanyi tanpa rehat. Dari konsert terus keluarkan album, memang tiada masa untuk diri sendiri.

“Sepatutnya saya kena tahan di wad untuk rawatan lanjut, tapi saya hanya masuk kecemasan sebab masih ada komitmen kerja perlu dilunaskan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Biarpun kesihatan merosot, pelantun lagu Teman itu tetap memenuhi jadual padat sepanjang Ramadan disebabkan enggan mengecewakan pihak yang telah memberi kepercayaan kepadanya.



“Doktor tentulah marah, tapi ini merupakan amanah serta tanggungjawab buat saya. Sekarang habiskan kerja dulu, raya nanti baru fikir soal rehat.

“Bahaya memang bahaya, tapi rezeki ada di mana-mana. Kalau saya berehat, mungkin saya tak dapat pengalaman seperti ini lagi.

“Selagi ikhlas, Allah pasti permudahkan rezeki,” ujarnya pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pemberian ayam percuma di PPR Taman Wahyu, Selayang, semalam.


Menariknya, pemilihan lokasi program CSR kali ini begitu dekat di hati Iman kerana kawasan itu merupakan tempat zamannya membesar.

“Saya selalu datang sini tengok rumah lama, lagi pun masih ada kenalan tinggal di sekitar kawasan ini, cuma tahun ini baru pertama kali buat program sebegini.

“Tadi yang beratur ambil ayam ada juga mak angkat dan rakan ibu bapa saya. Memang banyak kenangan manis di sini,” dedahnya.

Projek kemasyarakatan itu dilaksanakan pengeluar jenama minyak wangi, Perfume Paradise yang mengedarkan 500 ekor ayam percuma kepada penduduk setempat.

CEO Perfume Paradise, Nur Faiqah Amran, berkata, program CSR ini merupakan kesinambungan daripada Konsert Galau yang dimeriahkan oleh barisan artis Xo House, di mana jenama tersebut merupakan penaja utama.

“Selepas konsert, kami mahu terus memberi kembali kepada masyarakat. Program ini bertujuan membantu mereka yang memerlukan serta meringankan beban penduduk setempa.

“Pemilihan lokasi PPR Taman Wahyu bukan sekadar kebetulan, tetapi juga membawa makna tersendiri, Iman Troye pernah membesar di sini,” tuturnya.

Selain Iman, program CSR terbabit turut disertai artis di bawah XO House termasuk Dalia Farhana, Zubir Khan dan Alyamardien.

Sebelum ini, Perfume Paradise menjalankan program serupa di PPR Setapak dan kali ini jumlah sumbangan digandakan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-3-2025 08:57 AM
apa2 je la vida troye
Quote salimrock 13-3-2025 09:10 AM
maksud nya ialah, tgk betapa kerasnya beliau bekerja...

hebat tak dirinya?
Quote MadameOnion 13-3-2025 12:45 PM
tu la..kau byk sgt dengor suara alif syukri
Quote A-Are 13-3-2025 12:54 PM
tahun ni beliau keluarkan 2 mv raya...mao x sampai pekak telinga dibuatnya
Quote rayna_raynes 14-3-2025 01:54 AM
OT lawa siot fuji gambar baju pink tu
Quote DARSITA 14-3-2025 07:06 AM

polosnya wajah dia ~
Quote red_velvet 14-3-2025 07:09 AM
Semoga cepat sembuh Tok vida
Quote Zezo 14-3-2025 07:35 AM
Skrg ni, muka set² iman troye ni ek beauty standard kt Malaysia? Haha.

Aku ok je dgn iman troye as she is. Bagi aku, itu cara dia cari duit selagi dia tak buat aku annoying.
Quote Gokuuu 14-3-2025 07:44 AM
Fesyen retis yg jadi ikutan masyarakat skrg

Pakai tdg ikat ke belakang ,leher biar nmpk cekikan...dada dilepaskan

Padahal tudong diperintahkan agar menutup dada.

Dada tu yg mengoncang napsu zantan

Rambut tak sgt pon

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.034546 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top