CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM tahan 16 individu termasuk Datuk Seri rasuah pendaftaran kelahiran

13-3-2025 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7542| Komen: 11

 


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 16 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, penahanan itu susulan Op Outlander dan Op Birth yang dilancarkan semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang dan Johor.

Katanya, bagi Op Outlander, suspek utama merupakan penjawat awam disyaki melakukan perbuatan tersebut dengan membantu permohonan sebagai pendaftaran lewat kelahiran iaitu melebihi tempoh 60 hari selepas kelahiran.

“Dipercayai kegiatan itu turut didalangi oleh seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri yang memiliki beberapa buah klinik dan pusat bersalin berperanan mengeluarkan dokumen pengesahan kelahiran palsu.


“Untuk Op Birth pula, tiga suspek utama disyaki sebagai ejen melakukan perbuatan tersebut dengan menawar dan memberikan rasuah kira-kira RM18,000 kepada seorang penjawat awam bagi membantu permohonan pendaftaran kelahiran.

“Ia dengan menggunakan dokumen sokongan seperti surat pengesahan kelahiran hospital yang didapati palsu,” katanya hari ini.

Sementara itu, enam orang awam disyaki menggunakan khidmat ejen berkenaan turut ditahan kerana menjadi pemohon yang mengemukakan permohonan daftar kelahiran.

Turut ditahan seorang pengamal undang-undang disyaki sebagai orang tengah di antara ejen dan pemohon.

“Seramai 16 suspek berusia antara 20 hingga 70-an telah ditahan antara pukul 11 pagi hingga 8 malam semalam dan kesemua dibawa ke Ibu Pejabat SPRM dan SPRM Selangor bagi membantu siasatan.

“Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok bagi tujuan permohonan reman,” katanya.

Menurutnta, dua suspek termasuk bergelar Datuk Seri yang mempunyai masalah kesihatan dilepaskan dengan jaminan SPRM apabila selesai dirakam percakapan.

“Serbuan dilakukan semalam adalah berpandukan maklumat hasil risikan kira-kira setahun serta kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.

Ahmad Khusairi berkata, penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM dalam memastikan usaha memerangi rasuah khususnya yang melibatkan perkhidmatan awam demi memastikan aspek keselamatan negara terjamin.

Kata beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009. 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 13-3-2025 12:33 PM
Terkejutnya. Malaysia ke ni. Hok hok.
Quote ayukpingu 13-3-2025 02:32 PM
mohon dibuang negara terus. ancam kedaulatan negara.
Quote swimswim 13-3-2025 06:50 PM
Dpt trace ke kerakyatan yg dibayar tu eh?
If dapat, kena cancel kerakyatan and ic or consider burn?

Curious sungguh
Quote kemaruk 13-3-2025 06:57 PM
Bilis        
Quote kepompong 13-3-2025 07:40 PM
Dr azam bapa tiri intan najwa pun dah hilang kelayakan sbb pernah buat pemalsuan kelahiran
Quote Momohizan 13-3-2025 09:58 PM
Datuk Seri type I mantan kesum ke?
Quote sambaldurian 14-3-2025 11:10 AM
Ni jenis amek anak angkat mana2 ( mungkin baby selatan Thai ke) , pastu diberi sijil lahir Msia. Nnti senang le budak tu nk g sekolah ke apa ke
Quote pearl.silver 14-3-2025 11:12 AM
Nape rahsiakn nama diorg
Patutnya sebarkn muka dgn nama penuh
Dan alamat ic
Bodo punya pengkhianat
Quote imanda 14-3-2025 12:09 PM
mcm2 yer cara org bisnes n cari duit. tak pk halal haram dah jnji dpt duit.
Quote nw111 14-3-2025 12:29 PM
kepompong replied at 13-3-2025 07:40 PM
Dr azam bapa tiri intan najwa pun dah hilang kelayakan sbb pernah buat pemalsuan kelahiran

Kelahiran sapa yg dia pelesukan..
Dia.still dgn mak intan ke..baru ni lalu kt tiktok i dia punya post sedih2..pastu baca komen ramai tanya dh cerai ke dgn mak intan...tapi heols tak.jawab
Quote TeropongThaico 14-3-2025 01:43 PM
Macam2 le hai org buat demi duit...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.030782 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top