CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teruskan bayar zakat RM15 bagi yang makan beras import - Lembaga Zakat Selangor

13-3-2025 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8925| Komen: 21|Original author: Raline


Ambrin-Buang-tengah-dan-Muhd.-Fikri-10-kanan-bersama-penerima-zakat-pada-Majlis-.jpeg


SHAH ALAM – Umat Islam di Selangor disarankan membayar zakat pada kadar RM15 bagi mereka yang memakan beras putih import sebelum berlakunya masalah beras putih tempatan.

Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Muhd. Fikri Naim Harun berkata, kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran membuatkan masyarakat tiada pilihan selain terpaksa memilih beras putih import.

“Kalau mengikut kadar zakat fitrah 2024 beras tempatan sahaja harganya RM7 seorang, tetapi untuk tahun ini bagi kadar RM7 adalah beras putih tempatan dan juga beras putih import.

“Ini merujuk kepada dapatan yang kita terima daripada pihak kerajaan iaitu beras yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sekarang adalah beras tempatan dan import.

“Namun, kita juga sedar bahawa ia bukanlah pilihan rakyat, namun disebabkan kita mengalami masalah kekurangan beras tempatan rakyat terpaksa memilih untuk membeli beras import,” katanya di sini hari ini.

Muhd. Fikri berkata, tiga pembayaran zakat fitrah tetap diteruskan untuk tahun ini termasuk kadar RM15 untuk beras merah, beras perang,beras pulut dan beras wangi, manakala bagi kadar fitrah RM22 untuk umat Islam yang memakan beras Basmathi, beras Jepun dan beras Herba Ponni.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 13-3-2025 10:51 AM
Kalau semua beras tu kita mkn..import, basmati, ponni, tmptan, siam.
Portion jenis x menentu, so kira zakat yg mana tu
Quote midori888 13-3-2025 11:03 AM
Purplehaz replied at 13-3-2025 10:51 AM
Kalau semua beras tu kita mkn..import, basmati, ponni, tmptan, siam.
Portion jenis x menentu, so ki ...

kalu meols, meols akan pilih bayaran yg paling mahal yg meols bole afford...
Quote Suchi 13-3-2025 11:10 AM
Kami berbelas tahun makan beras ponni jadi dh tau kena bayar zakat tinggi sikit
Quote B40tastePosh 13-3-2025 11:41 AM
Rasa semua Beras Import je dekat market tu, tak pernah pula jumpa Beras Tempatan.
Quote B40tastePosh 13-3-2025 11:43 AM
Purplehaz replied at 13-3-2025 10:51 AM
Kalau semua beras tu kita mkn..import, basmati, ponni, tmptan, siam.
Portion jenis x menentu, so ki ...

Acik selalu guna Jasmine Warna Pink, lepastu tukar guna Beras Perang Eco brown.. lepastu Cap Rambutan, Lepastu Beras Cap Asas.

Yang pasti tak pernah jumpa beras tempatan.
Quote alesandra 13-3-2025 11:52 AM
kenapa perak mahal bebeno sampai 27 hengget.negeri kaya zakat murah.negeri miskin kutip zakat mahal tapi tetapla tahap sedeehhhh gitu
Quote Purplehaz 13-3-2025 12:01 PM
midori888 replied at 13-3-2025 11:03 AM
kalu meols, meols akan pilih bayaran yg paling mahal yg meols bole afford...



Tulah nak kira yg anak2 stay asrama , mereka mkn beras apa kat asrama tu camna la pulak.

Tapi byr lebih pun xpe kan...jgn terkurang.
Quote Purplehaz 13-3-2025 12:05 PM
B40tastePosh replied at 13-3-2025 11:43 AM
Acik selalu guna Jasmine Warna Pink, lepastu tukar guna Beras Perang Eco brown.. lepastu Cap Rambu ...

Kann..
Yg beras tempatan tu rasanya yg kita selalu mkn kat Kedai/restoran kot.

Yelah..kalau jenis org yg hari2 mkn kan luar, satu kerjapula nk tanya beras apa yg tukang msk tu guna..tmptn ker import?  
Quote midori888 13-3-2025 12:06 PM
Purplehaz replied at 13-3-2025 12:01 PM
Tulah nak kira yg anak2 stay asrama , mereka mkn beras apa kat asrama tu camna la pulak.

Tapi  ...

byr lebih, lebih baik....semoga rezeki kita sentiasa diberkati...
Quote Skuau 13-3-2025 12:15 PM
saiya makan biras timpatan la abang..apa pon ini nigara..sumer tada bayar- PATI Bangla
Quote suri33 13-3-2025 12:32 PM
Yelah
Quote matseh 13-3-2025 12:40 PM
Byr paling mahal. Kalau ada 10 org dlm family tu termasuk ibu. Adik perempuan.
dah 220
Quote B40tastePosh 13-3-2025 12:58 PM
Purplehaz replied at 13-3-2025 12:05 PM
Kann..
Yg beras tempatan tu rasanya yg kita selalu mkn kat Kedai/restoran kot.



Beras tempatan kan beras subsidi mesti  ada ketirisan....tak sempat masuk packaging 5kg dan masuk ke ke kedai kedai makan.
Quote green~tea 13-3-2025 02:12 PM
15 hengget jah pun... apa salah nya assume paling mahal.. terlebih bayar takpe, jangan terkurang
Quote seri_mawr 13-3-2025 02:54 PM
kadar beras tu dia kira mcm mana..? per kg ke rm7. rm15 and rm22 tu..?

serius soalan ni..?
Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 08:57 PM
Skuau replied at 13-3-2025 12:15 PM
saiya makan biras timpatan la abang..apa pon ini nigara..sumer tada bayar- PATI Bangla

suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia



[youtube]a5_H4SUImGY[/youtube]

http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 08:58 PM
seri_mawr replied at 13-3-2025 02:54 PM
kadar beras tu dia kira mcm mana..? per kg ke rm7. rm15 and rm22 tu..?

serius soalan ni..?

Guna gantang Madinah sis
Quote ninja boy 13-3-2025 09:04 PM
Beras tempatan dimasukkan dalam peket beras import la itu pasal beras tempatan tadak
Quote Skuau 13-3-2025 10:00 PM
ninja boy replied at 13-3-2025 09:04 PM
Beras tempatan dimasukkan dalam peket beras import la itu pasal beras tempatan tadak

#SegalanyaDipermudahkan

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.113987 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top