CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keindukan Islam, Melayu-Bumiputera mesti dipelihara – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

13-3-2025 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8445| Komen: 14|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2023-09-13-at-10.44.13-PM-1536x1023 (1).jpeg


PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini membuat ketetapan menyeru seluruh rakyat Malaysia kekal mempertahankan prinsip Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan sebagai asas penting yang membina negara bangsa sejak merdeka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mesyuarat itu juga berpendirian keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam sifat kemajmukan Malaysia mesti terus dipelihara.

Menurut beliau, UMNO memandang serius perkembangan semasa melibatkan isu-isu berkaitan sensitiviti keagamaan, perkauman dan Institusi Raja-Raja Melayu hingga mencetuskan kegelisahan dan ketidak-tenteraman dalam masyarakat Malaysia berbilang agama dan kaum.

“UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara.

“Terutama kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Asyraf Wajdi memaklumkan, UMNO akan menggerakkan jentera dari seluruh Malaysia untuk membantu parti dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Perak.

Selain itu, kata beliau, Mesyuarat MKT UMNO telah memutuskan tarikh-tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2025 .

“Persidangan UMNO Cawangan dari 7 April hingga 25 Mei 2025. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dari 9 Jun hingga 27 Julai 2025. Perhimpunan Agung UMNO dari 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 13-3-2025 11:37 AM
Kedudukan non-bumi, non-Malay, kapir tak ada siapa pelihara kan. How?
Quote B40tastePosh 13-3-2025 11:52 AM
Ketunggangan Melayu-Islam perlu terus ditunggang.

Gitu kata Lebai UMNO...talam 2 muka.

Quote silance 13-3-2025 12:03 PM
Dulu dihangkutnya rohingya ramai-ramai konon kemanusiaan. Sekarang siapa nak selesaikan masalah?
Quote Skuau 13-3-2025 12:20 PM
Sbg orng Melayu..benar sekali..gue akan jaga orang2 Melayu semuanya-AK47.
Quote suri33 13-3-2025 12:32 PM
Podah
Quote zorrro_03 13-3-2025 01:05 PM
baaaarua
Quote pengecatbintang 13-3-2025 01:25 PM
guna nama agama n bangsa utk menyakau
Quote TeropongThaico 13-3-2025 01:35 PM
Betul ke
Quote SalenaGomez 13-3-2025 03:53 PM
Edited by SalenaGomez at 13-3-2025 03:55 PM

1- settlekan masalah dalaman dulu. Yg tua x sedar diri n ada byk kes tu, boleh turun. bg muka baru. Perangai konoha jgn bawak dlm malaysia/umno
2- kasi dlm umno tu berpadu dulu
3-cari pemimpin yg bijak, berkaliber, berkepimpinan, dan tegas. Bkn pak turut je
4- lepas tu M boleh bsatu .. asal dulu bpecah pon sbb M. X sedau ke

M bukan x nak bsatu tapi menyampah sbb xde yg betul2 fight utk M, lebih pd tekak n kepentingan diri sendiri
Quote kemaruk 13-3-2025 03:55 PM
Hidup melayu!   
Quote pengecatbintang 13-3-2025 04:27 PM
tunggang agama n bangsa utk menipu rakan rakan sesama agama & bangsa

bila dapat jawatan

sakau
Quote kemaruk 13-3-2025 04:53 PM
Hidup wak zahid
Quote kaseh80 13-3-2025 04:55 PM
Bercukur lah melayu menunggggggggang
Quote ninja boy 13-3-2025 05:01 PM
Don wori, Indonesia pilipin bangladesh vetnam sudah berasmilasi dgn warga tempatan, sudah ada bini suami warga malaysia anak warga malaysia rumah kebun sawit bisnes sudah tukar nama kpd anak2 keturunan wargasing ic malaysia

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043828 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top