CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ellie Suriaty beri tempoh sampai raya, tolak pemintaan Imran Bard mohon maaf secara tertutup

13-3-2025 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3918| Komen: 26|Original author: tatod

3186455.jpg


PEMPENGARUH Imran Bard diberi tempoh sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk bersemuka dan membuat permohonan maaf kepada Ellie Suriaty di atas perbuatan mencemarkan imej aktres tersebut.

Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, berkata, dia tidak akan berdiam diri sehingga nasibnya terbela malah tidak teragak-agak menyerahkan isu berkenaan kepada pihak sepatutnya.

“Sepatutnya dia jumpa saya sebelum bulan puasa lagi. Tapi dia kata dia berada di kampung. Jadi saya bagi tempoh hingga hari raya nanti untuk dia datang jumpa saya.

“Kalau dia berdegil juga, saya serahkan pada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk tindakan lanjut.

“Saya tidak akan senyapkan benda ini. Tak boleh. Perkara ini ada kaitan dengan masyarakat. Bila namanya pempengaruh, dia akan mempengaruhi masyarakat sama ada untuk pekara baik atau buruk.

“Dalam hal saya ini, ia lebih kepada buruk kerana saya banyak terima mesej menggelarkan saya sundal, rupa buruk, pelakon sendu dan pelbagai konotasi negatif lain," katanya kepada mStar.

ellie-suriaty.jpg



Ellie berkongsi perkara itu ketika ditemui di Sidang Media Raya Astro 2025 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Rabu.

Menurut Ellie, dia juga enggan menuruti permintaan Imran yang ingin bertemu dengannya secara tertutup.

Jelasnya, dia percaya permohonan maaf secara terbuka perlu dilakukan memandangkan Imran sudah mencemarkan nama baiknya dikhalayak ramai.

“Dalam mesej yang saya terima dia mahu jumpa saya secara tertutup tapi balasan saya ialah permohonan maaf boleh dilakukan mengikut syarat saya.

“Agama Islam tak mengajar kita minta maaf melalui telefon. Kalau nak minta maaf, kena datang jumpa batang tubuh orang yang kita sudah sakitkan hatinya.

“Kalau betul pun dia minta maaf, saya akan nilai sama ada dia ikhlas ataupun terpaksa sebab takut kena hentam,” katanya lagi.

Imran-Bard-5-1024x1024.jpg


Berkongsi mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil, Ellie memberitahu tiada harga boleh diukur pada dirinya kerana bakat dianugerahkan.

Katanya dia berusaha gigih selama tiga dekat untuk berada di tahap sekarang namun semuanya hancur disebabkan video yang dimuat naik Imran.

“Berapakah nilai diri yang hendak diletakkan? Takkanlah nilai saya RM200,000, RM500,000 ataupun RM1 juta? Saya adalah anugerah Allah SWT.

“Saya berpegang pada janjinya untuk mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Saya nak tengok tanggungajwab bagaimana yang dia nak ambil," tambahnya.

Pada 20 Februari lalu, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap mencemarkan namanya.
WhatsApp-Image-2024-08-30-at-05.32.39.jpeg


Justeru, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya untuk memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.

Imran bagaimanapun menunjukkan sikap acuh tidak acuh ketika memohon maaf di dalam video TikTok miliknya selain memberitahu ibunya tidak dapat bertemu Ellie kerana sedang dirawat di hospital.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 26 Februari, Imran menyatakan dirinya menyesal dan sudah memohon maaf kepada Ellie secara peribadi di Instagram.

Malah Ellie juga bersedia untuk bertemu dengan Imran bagi menyelesaikan kemelut antara mereka namun pertemuan itu bukan jaminan bahawa dia akan menarik balik saman terhadap Imran.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 13-3-2025 11:47 AM
lama nau... elok budak mcm imran ni jgn dibagi masa lama2... awal2 lg minta maaf dh menganjing
Quote sphinx 13-3-2025 02:04 PM
nasib ko lah meran.. salah sarang ko cucuk
Quote sha82 13-3-2025 03:09 PM
Why not proceed je saman ajar sikit budak2 mcmni supaya beradab lain kali
Quote A-Are 13-3-2025 03:13 PM
saje kot nk bg IB raya dalam keadaan stress..hihi
Quote TeropongThaico 13-3-2025 03:14 PM
Bila buku bertemu ruas
Quote MadameOnion 13-3-2025 03:51 PM
harap ellie jgn bagi chance kat kelempuk muka hodoh ni..eehhh masa dia menganjing org elok je up dlm tt..nak minta maap secara tertutup pulak...
Quote Hoola 13-3-2025 03:58 PM
aaaa aahhh tak tahuuu
Quote cikdot 13-3-2025 04:01 PM
seniman rajin lak nak melayan masalah dia ni.

pegi je la saman terus cepat sikit ha..
Quote DukunSentet 13-3-2025 04:06 PM
cikdot replied at 13-3-2025 04:01 PM
seniman rajin lak nak melayan masalah dia ni.

pegi je la saman terus cepat sikit ha..

Kurang2 ada bekap.. Ah camtue.

Quote mizterpaling88 13-3-2025 05:08 PM
pondesyen elie tu kelabu ke?
Quote sharlenetexas 13-3-2025 06:02 PM
Padan muka.

Quote anony-mous 13-3-2025 06:35 PM
Aku smpai harini pelik apa imran buat? Yg video dia acah jd juri kan? Dia just kebetulan guna nama ellie je
Quote sleepandream 13-3-2025 06:49 PM
hek eleh sibuk tanya adab orang... yang adab dia terpekik2 masa dekat court kes najib dulu tu beradab sopan dan tatasusila la sangat? phuiiiii
Quote TomyamPuteh 13-3-2025 07:01 PM
Terbaik  Ellie. Dah ko malukan org secara open, ko nk mintak maaf pun mesti la secara open jugak. Bknnya main tepon2 je. Mohon imran tido pun takut nak bangun sekarang ni.
Quote naina 13-3-2025 08:16 PM
Teruskan Ellie. Sebagai orang yang lebih tua. Memang biadab pun budak Meran tu. Kena ajar. Dia tak tahu dia tu salah dan xtahu cara minta maaf dgn betol. Jadi biar Ellie ajar dia. Mcmtu je dia bercakap dgn orang tua ya. Sindir2 perli2 merendah2kan. Kurang ajar betol.
Quote Sendawg 13-3-2025 10:59 PM
Orang akan kata Ellie over sgt, but I'm simply on her side because I can't stand Butthurt Coachella
Quote awenda507 14-3-2025 02:58 AM
Baru padan muka IB tu. Kena buku dgn ruas
Quote dekmieDandy 14-3-2025 08:51 AM
tak habis lagi ke benda ni
Quote kessah 14-3-2025 08:53 AM
alaa lebih2 lak mak cik ni ... dah2 lerrrrrr

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057334 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top