CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pantai bertukar merah darah lepas hujan lebat

13-3-2025 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22595| Komen: 2|Original author: Raline

my.PNG


TEHRAN – Sebuah pantai di Iran bertukar menjadi merah seperti darah selepas hujan lebat, menyebabkan berita mengenainya tular di laman sosial, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian berlaku di pantai Perak dan Merah, Pulau Hormuz, Teluk Parsi.

“Pantai ‘berdarah’ ini mengejutkan semua orang,” tulis pemandu pelancong yang menggunakan nama hormoz_omid pada salah satu klip video fenomena itu di laman Instagram.

Dalam video tersebut, air berwarna merah dilihat menuruni tebing memasuki laut di tengah-tengah hujan lebat ketika sekumpulan pelancong berkumpul untuk menyaksikan kejadian aneh itu.

“Ia benar-benar sebuah pulau yang unik,” kata seorang netizen.

Seorang lagi memberi komen: “Kuasa Tuhan. Sungguh indah dan menakjubkan.”

Fenomena itu dilaporkan berlaku kerana tanah di pulau tersebut mengandungi jumlah oksida besi yang tinggi.

Malah, Hormuz dikenali sebagai ‘pulau pelangi’ kerana landskap kaleidoskopiknya yang disebabkan oleh lebih 70 mineral yang terdapat di dalamnya.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 10:26 PM
Tanda-tanda akhiruz-zaman
Quote airfilterkotor 14-3-2025 12:22 AM
Kalau kat negara Konoha, harus timba air berbaldi-baldi angkut ke rumah.
Seorang warga tempatan yang enggan namanya disiarkan memberitahu wartawan bahawa air tersebut dipercayai mempunyai khasiat dan kesan ajaib jika disapukan ke bahagian muka dan tangan.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.077379 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top