Sudah menjadi kelaziman apabila bulan puasa tiba, bazar Ramadan akan diadakan untuk membolehkan peniaga menjual juadah berbuka puasa kepada pelanggan.
Apabila menjelang Syawal, bazar Raya pula akan dianjurkan di pelbagai tempat untuk membolehkan orang ramai membeli barang persiapan Hari Raya Aidilfitri seperti baju dan kuih-muih.
Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bazar Raya sudah tidak menjadi pilihan orang ramai.
Pengguna lebih gemar membeli secara dalam talian berbanding ke Bazar Raya.
Walaupun pelbagai Bazar Raya diadakan termasuk dengan mengadakan pelbagai tarikan seperti kehadiran artis dan pempengaruh media sosial, ia seperti tidak mampu menarik orang ramai untuk mengunjunginya.
Hal ini dapat dilihat, pengguna pada masa kini lebih memilih untuk membeli-belah secara atas talian menerusi pelbagai platform seperti Shopee dan Lazada.
Bagi majoriti pengguna, membeli secara dalam talian dilihat lebih memudahkan kerana tidak perlu bersesak-sesak di Bazar Raya sambil harganya yang lebih rendah jika beli secara dalam talian.
Pada masa tertentu, platform-platform tersebut akan menyediakan baucar-baucar yang membolehkan pengguna mendapatkan barangan yang dimahukan dengan harga jauh lebih rendah.
"Saya tak suka bersesak-sesak. Jadi, beli online jawapannya. Apatah lagi barang yang sama tapi online lebih murah dan banyak berbanding bazar dan kedai fizikal. Sekarang musim orang berjimat, memang orang berhati-hati nak guna duit dan memilih yang lebih murah," kata Noor Wahida.
"Saya pembeli atas talian. Bagi saya, ia sangat memudahkan, tak perlu bersesak, murah, berkualiti, cantik, penghantaran yang cepat," jelas Umie Salim.
"Pergi kedai buat fitting, lepas tu beli online. Itulah trend sekarang, sebab tu banyak pengusaha bazar terciduk," komen Khalid Abu Bakar.
Sumber: Majoriti
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|