CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dari kecil suka makanan segera- umur 33 tahun derita gout kronik, buah pinggang rosak tahap lima

13-3-2025 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24170| Komen: 0|Original author: Raline

we.PNG


Kota Bharu: Ujian kesihatan berterusan dihadapi Muhd Idzwan Syafiq Mohd Johari, 33, tidak mematahkan semangatnya dan terus kekal positif meneruskan kehidupannya.

Dia menderita gout kronik sejak tujuh tahun lalu dan kini disahkan mengalami kerosakan buah pinggang tahap lima sejak 2023.

Sebelum itu, Muhd Idzwan mengalami kecederaan tulang belakang akibat jatuh pada 2019 selain dijangkiti Covid-19 yang memberi kesan pada paru-paru seterusnya masalah ligamen lutut.

Kini, Muhd Idzwan Syafiq yang berasal dari Kok Lanas tidak mampu berjalan dan masa hanya dihabiskan di kerusi roda manakala rutin hariannya diuruskan ibunya, Che Piah Che Seman, 68.

Menurutnya, sejak kecil dia gemar makan makanan segera malah berhadapan masalah obesiti apabila berat mencecah 190 kilogram (kg).

"Asalnya saya hanya menghidap penyakit gout. Pada 2019 saya terjatuh tangga dan disebabkan berat badan impaknya menyebabkan tulang belakang cedera dan perlu menjalani empat pembedahan.

"Beberapa tahun saya hanya terlantar di katil sehinggalah dinasihatkan menjalani rawatan fisioterapi dan sebelum itu perlu membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada penyakit lain," katanya ketika ditemui ketika sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2025 di Pusat Penjagaan Kesihatan Neo Medicare di sini, hari ini.

Muhd Idzwan Syafiq berkata, hasil pemeriksaan yang dibuat mendapati dia menghidap penyakit buah pinggang dan sudah di tahap lima.

"Saya sudah jangka bakal berhadapan pelbagai komplikasi. Selain gemar makan makanan ringan ketika sihat dulu, pengambilan ubat tahan sakit yang kerap juga menyumbang kepada penyakit buah pinggang ini.

"Ada juga rasa kesal sebab tidak tahu semua perbuatan itu memberi kesan besar kepada kesihatan sendiri. Saya nasihatkan orang ramai supaya menjaga pemakanan supaya dapat mencegahnya lebih awal.

"Saya sudah enam kali rawatan dialisis selain merujuk ke pusat rawatan kesihatan ini. Jika dulu berat badan saya hampir 200 kg menyebabkan sukar untuk bergerak tapi kini hasil dari amalan pemakanan sihat, berat saya sudah menjadi 55kg," katanya.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.110274 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top