CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air takungan hujan masuk kuali panas, habis terbakar satu khemah

13-3-2025 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24463| Komen: 3|Original author: Raline

OL.PNG


PETALING JAYA – Sebuah khemah kanopi musnah dalam kebakaran selepas air takungan hujan dipercayai masuk ke dalam kuali berisi minyak panas, menyebabkan api marak dan memusnahkan premis berkenaan.

Kejadian itu tular menerusi satu hantaran video di TikTok milik @Adictochurrosmelaka, yang memaparkan seorang pemuda sedang melakukan siaran langsung sebelum api besar tiba-tiba menyambar kanopi hingga hancur.

Klip tersebut turut menunjukkan beberapa pekerja panik mengelak daripada terkena api, sebelum bertindak membersihkan kawasan perniagaan selepas kebakaran dan hujan reda.

“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Mungkin bukan rezeki kami hari ini. Harap esok ada sinar untuk kami. Salah silap dan kekurangan kami mohon maaf, ini qada dan qadar Allah, kami terima dengan reda,” tulis pemilik akaun tersebut.



Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar peniaga tersebut tabah menghadapi ujian.

“Insya-Allah ada hikmah di sebalik yang berlaku. Sabar ye adik-adik, rezeki luar biasa Allah akan beri nanti,” komen @Sisliayaya.

“Respect (Hormat), siap bersihkan tempat tu dari kesan minyak. Moga murah rezeki selalu. Allah tak uji orang yang tak kuat,” kata @Iamazri.

Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 10:22 PM
Tazzangka air hujan boleh marakkan api
Quote sfrnna 14-3-2025 06:57 PM
Seller jual tepi jalan ni kena fikir laa. Kalau masak ada minyak panas kena hujan ke air ke mmg blast habis..nasib baikla kat open space.
Quote airfilterkotor 14-3-2025 07:53 PM
Sebab itu edukesyen penting.
Kau memasak bawah khemah camtu, dah tentu-tentu haba kuali/dapur tu naik ke atas.
Fabrik khemah mana tahan haba panas kuali/dapur, ia mudah jadi lembut.
Fabrik khemah pula jenis mudah terbakar.
Bila hujan lebat, fabrik lembut tu melendut takung air.
Bocor mengejut, air sekelepuk jatuh atas minyak panas... menyambar la api tu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040630 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top