CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu bas ekspres pitam, nasib baik 39 penumpang selamat

13-3-2025 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7883| Komen: 9|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-13 083637.png


SEREMBAN – Seramai 39 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas pengangkutan awam itu terlibat dalam kemalangan Kilometer (KM) 245.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Rembau, di sini pada awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Pegawai Bomba Kanan II Amer Izham Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 6.02 pagi berhubung kejadian.

“Setiba di lokasi, terdapat 40 orang mangsa termasuk pemandu dilaporkan terlibat dalam kejadian itu terdiri 28 wanita dan 12 lelaki.

“Terdapat enam orang wanita mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan rawatan awal oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan bantuan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu bas ekspres terbabit mengalami pitam sebelum kenderaan berkenaan terbabas di lokasi kejadian.

Difahamkan, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 14-3-2025 07:56 AM
Semoga cepat sembuh. Sakit pon kerja juga cari rezekiz
Quote Decaffeinated 14-3-2025 08:08 AM
Pitam ka tertidur?
Quote kakikuDibibirmu 14-3-2025 03:07 PM
Siapa suruh tak ambik syabu, perjalanan jauh kena ambik syabu baharulah segar mata
Quote sfrnna 14-3-2025 06:55 PM
Check urine dulu.. pastu pastikan letak tali pinggang kat kerusi tu and paksa penumpang pakai.
Quote FOTHER-MUCKER 14-3-2025 07:08 PM
PITAM = penglihatan itam = tak nampak apa apa
Quote kakikuDibibirmu 14-3-2025 07:09 PM
itamrazali tersenyum sinis
Quote syamzana 14-3-2025 07:13 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-3-2025 07:09 PM
itamrazali tersenyum sinis {: ...

itam razali ni sape?
Quote gigahertz 15-3-2025 01:01 AM

Jantung tu rasanya. boleh jadi seharian duduk memandu bas.
Quote kepompong 15-3-2025 06:03 AM
Entah2 hypo

Dinasihatkan driver buat check up

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041221 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top