CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkejut lauk ikan cencaru berlada untuk sahur ada ulat berenga. Elok gantung lesen peniaga seperti ini?

13-3-2025 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8419| Komen: 8|Original author: Raline


Untitled-design-2025-03-12T134604.252.png


BACHOK – Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati ikan cencaru berlada yang dibeli untuk dijadikan hidangan bersahur di sebuah gerai di tepi jalan di Tawang di sini semalam dipenuhi ulat berenga.

Seorang peniaga yang dikenali Ayuni, 34, berkata, dia mendapati bahagian perut ikan cencaru berlada itu dipenuhi ulat berwarna putih.

Katanya, dia membeli ikan itu bersama patin masak tempoyak dan tomyam di sebuah gerai menjual lauk-pauk dan air pada pukul 7 malam. Ikan cencaru berlada yang dibeli itu kemudian disimpan dalam peti sejuk untuk hidangan bersahur.

“Apabila bangun untuk sahur pagi tadi, saya panaskan lauk itu dalam ketuhar gelombang mikro untuk dimakan bersama suami.

“Selepas saya dan suami habis makan, saya baru sedar ikan itu dipenuhi ulat berenga yang sudah mati selepas ia dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Ayuni memberitahu, dia dan suami berasa loya dan meminum air dalam kuantiti yang banyak.

“Saya syak ikan cencaru itu dihinggapi lalat semasa peniaga menjual makanan tersebut di gerainya.

“Setakat ini, saya dan suami tidak mengalami sebarang simptom keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah. Kami cuma berasa loya dan geli kerana memakan ikan yang dipenuhi ulat,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gokuuu 13-3-2025 08:16 AM
Aku ni tak lalu nk berlauk2 dlm bazar tu sebab dh tahu tmpt tumpuan lalat bakteria berkerumun.Dgn tgn x basuh properly sebab tkde sumber air mengalir lps tu jamah sana sini

Mcm 1 makcik meniaga nasi kerabu area rmh i..ada ke patut tak tutup elok2 lauk pauk dan sambal2 dia.Penuh lalat besar berkerumun.Suruh beli perangkap gam lalat pun x beli.Suruh bawa raket libas lalat pun x bawa...

Baik jd iols..bln ramadan tmbh duit tepi iols jual jus buahan2 dlm botol.Sekor lalat pun tak mai
Quote nana1001 14-3-2025 01:14 AM
ni jadi sebab duk memanas lauk jualan tak habis semalam
Quote sfrnna 14-3-2025 06:50 PM
Hmm org tu buat dah pukul berapa. Beli pukul 7.. letak kat peti tu masuk freezer tak? Lama sgt dah lauk tu.. lagi2 kalau dok recycle dari semalam punya.
Quote Freezies 14-3-2025 07:19 PM
Edited by Freezies at 14-3-2025 07:55 PM

Pernah sekali beli lauk berbuka ayam masak merah,tk habis kononnya nak simpan untuk sahur.
dh kenyang bersahur baru perasan ada ulat sampah dekat tulang ayam.
menda dh makan redha je la.koser la nak muntah bagai.
Sampai sekarang ingat.Mmng blacklist la kedai tu.
Quote kakikuDibibirmu 14-3-2025 08:08 PM
Ini kalau apply sijil halal JAKIM confirm cemerlang, gemilang, terbilang
Quote ekselen 15-3-2025 09:11 AM
Edited by ekselen at 15-3-2025 09:13 AM

param kt area rmh iols ni alhamdulillah okla jgk.. sbb iols perasan time dh kol 7 ke atas sume pakat2 jual mur2 dan ada yg nk bg free yg tinggal sikit2 tu sbb nk abiskan jualan.. even air balang sume dilelong mur2.. pdhal yg iols selalu beli dan pernah beli tu mostly depa masak betul2.. cth kalau laksa nya siap kuah sedap dan byk isi ikan.. kalau roti john ada la nampak daging ditabur bkn byk sayur atau bawang semata..tu pun harga marhaen sgt.. iols beli kebab inti penuh tp rega mur2.. puas mkn.. ada gerai2 feveret/jual mknan sedap sentiasa laku dan cepat abis.. kdg2 dtg kol 6 lebih pun byk dh habis... ada pakcik jual kuih muih, agar2, puding xpenah lg iols tgk jualan dia x abis.. kalo ujung2 nk masuk buka je dh tinggal serdak.. iols mmg suka pegi param tu.. Alhamdulillah x penah lg tertipu dgn mknan recycle atau x cukup sifat..
Quote penmerah 15-3-2025 10:48 AM
ekselen replied at 15-3-2025 09:11 AM
param kt area rmh iols ni alhamdulillah okla jgk.. sbb iols perasan time dh kol 7 ke atas sume pakat ...

Alhamdulillah
Moga dimurahkan rezeki peniaga Yang ikhlas
Param mana ni sis?
Terliur pulak
Quote ekselen 15-3-2025 10:55 AM
penmerah replied at 15-3-2025 10:48 AM
Alhamdulillah
Moga dimurahkan rezeki peniaga Yang ikhlas
Param mana ni sis?

alhamdulillah.. kat padang mpaj sis...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.083057 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top