CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergambar di luar kereta api sedang bergerak, wanita parah terhantuk dinding terowong

14-3-2025 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7773| Komen: 9

 


SEORANG pelancong cedera parah selepas mengeluarkan badannya ketika kereta api yang sedang bergerak demi mengambil gambar sebelum terhempas ke dinding terowong.

Wanita berusia 35 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.

Kejadian itu berlaku pada 9 Mac lalu ketika mangsa menaiki kereta api dalam perjalanan dari Nanu Oya ke Badulla di Sri Lanka.

Dia bersandar keluar dari kereta api untuk bergambar, apabila kepalanya terhantuk ke dinding terowong, menyebabkan dia terjatuh.

Wanita yang merupakan pelancong warga China itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital, sebelum dipindahkan ke dua hospital lain untuk rawatan dan penjagaan khas.

Kedutaan China di Sri Lanka pada 10 Mac lalu mengeluarkan pemberitahuan di laman webnya, mengingatkan pelancong untuk 'menjauhkan diri dari pintu kereta api dan tidak bersandar keluar dari kereta api untuk bergambar'.


Kedutaan itu juga memberi amaran kepada pelancong agar tidak bermain-main di sekitar landasan kereta api.

Bersandar keluar dari kereta api menjadi trend bergambar yang popular dalam kalangan pelancong di Sri Lanka. -Agensi
 

SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 14-3-2025 08:13 AM
'Bersandar keluar dari kereta api menjadi trend bergambar yang popular dalam kalangan pelancong di Sri Lanka.'

Salah pelancong ka salah Sri Lanka?
Quote Cayn 14-3-2025 09:40 AM
pelancong China ni pelik2. Dulu jatuh kat kawah Indon pun pelancomg China. Bergambar punya pasal
Quote Kitty_catz 14-3-2025 10:27 AM
bodoh, bodoh dan bodoh

moga tak membiak.. sekain
Quote cmf_PariS 14-3-2025 10:28 AM
ok pelancong china kalu lantakkan.. menyusahkan org no 1.. biarkan hahahaha
Quote che-cikL 14-3-2025 01:05 PM
Sori, tak de simpati
Quote pooh~key 14-3-2025 02:13 PM
che-cikL replied at 14-3-2025 01:05 PM
Sori, tak de simpati

Dalam tak ada simpati pun chuols tetap cakap sorry sissy. Kelakar sissy.
Quote venom1 14-3-2025 02:21 PM
Orang kita pun ada yang terikut-ikut selfie atau bergambar secara extreme
Quote Decaffeinated 14-3-2025 04:43 PM
venom1 replied at 14-3-2025 02:21 PM
Orang kita pun ada yang terikut-ikut selfie atau bergambar secara extreme

Kan... jenis mengutuk orang nombor satu tapi lupa tengok cermin.

Quote SalenaGomez 15-3-2025 11:49 PM
Cayn: pelancong China ni pelik2. Dul ...


Mungkin selepas otak digegar skit, baru akal tu ada

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.087918 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top