CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Risteena Lega Kes Khalwat Ruhainies Dah Selesai, Rancang Tunai Umrah & Beraya Di Mekah

14-3-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6534| Komen: 25|Original author: Raline


rrr-1.png


Pelakon Risteena memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu khalwat adiknya, Ruhainies dengan penyanyi Aliff Aziz yang menjadi bualan ramai.

Memetik mStar Online, Risteena berkata dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan apatah lagi isu berkenaan sudah diselesaikan dengan baik serta apa saja yang diperkatakan pasti akan dikecam.

“Saya tak nak komen banyak sebab apa yang keluar dari mulut saya hanya akan dikecam dan tanggapan negatif. Tapi sebenarnya hanya yang tahu saja tahu apa yang berlaku, Salah tetap salah, apa yang penting semuanya sudah selesai,” katanya.


Sementara itu, Risteena berkongsikan keadaan terkini Ruhainies, adiknya tidak membaca komen buruk serta dilihat tenang berdepan ujian tersebut.

Tambahnya lagi, mereka merancang untuk menunaikan ibadah umrah serta menyambut hari raya di Tanah Suci Mekah seperti tahun lalu.

“Ruhainies hanya bagitahu saya yang dia tak baca komen. Tak tahu pula kalau dia sedih ke apa tapi setakat ini tengok dia okay sahaja. Kami juga rancang nak tunai umrah dan beraya di sana,” katanya.

Terdahulu, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku salah atas pertuduhan berkhalwat dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 21 Februari lalu.

Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan pasangan yang ditahan tahun lalu itu menukar pengakuan kepada bersalah.


Sumber – mStar,Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 14-3-2025 10:36 AM
X payah nak Mekah sgt la kalau perangai pegi balik masih sama.
Gi Mekah utk korang2 ni dah mcm bercuti je.
Pastu konon2 suci la.
Quote azimodin 14-3-2025 11:04 AM
Ujian? Tu bukan ujian tapi sendiri cari pasal.
Quote gucci_advocate 14-3-2025 11:22 AM
Ruhainies kena hire manager yang power macam manager Faz and Mimi Lana. Iman Tang kan?

Boleh cepat-cepat buat penyucian di mata netizen and masyarakat.
Quote noor2 14-3-2025 11:55 AM
Subhanallah...cantik sungguh
Quote bluebutter 14-3-2025 12:14 PM
Eh dah lawa dah!!!.

Ritu cam tem tem sikit.

Tu lah kan, apa apa nak lawa, badan kena kurus,
Tapi dia ni mmg muka Manis lagi Dari ruhanies tu.

Keep.it up.
Quote menjad 14-3-2025 12:19 PM
Mengaku bersalah cepat jer selesai. Itu pun selepas citer panas dah jadi suam baru lah berani kan
Quote matseh 14-3-2025 12:25 PM
Pi jadi vlunteer kat rumah kebajikkan, rumah anak2 yatim.
Quote Purplehaz 14-3-2025 12:32 PM



Rugi jd scandal ni...lps ni cari la future husband yg baik peribadinya.


Quote Purplehaz 14-3-2025 12:33 PM
Suka tgok risteena ni..berlakon pun ok.
Quote pocongkiutss 14-3-2025 01:09 PM
Dulu kan masa dia pegi umrah tu la yg terbongkar sarah nyonya spill dia punya conversation dgn alipbuaya khen? Sama mcm kes pembunuh kes bella (ibu tunggal), pegi umrah agaknya nk doa supaya kes dia tak kantoi..sekali masa dia kat sana la terbongkar semua
Quote pocongkiutss 14-3-2025 01:13 PM
Muka dedua ni lain kan..risteena tu lawo..kalau kulitnya leh diimprovekan la..ruhainies kemut mmg tak minat muka tepung gomak acah2 nowa danish dia ti
Quote noell 14-3-2025 03:10 PM
adekbradek pujaan hati sampai mati @Kurex
Quote ira_sindarella 14-3-2025 03:20 PM
Malu nak hadap mak lang, pak ndak, pak long, mak ngah dan sedara mara ker???

Maklumlah kazen yg rupa biasa-biasa, kerjaya biasa biasa, dapat hidup normal, berlaki, kawin dan beranak.

Time ruru dok couple ngan mamat Ferrari dulu,
mesti jadi bualan family dan depa kagum dgn ruru.
Pakej cantik, berjaya, seksi dan berlaki jutkawan hartawan yg kacak bergaya.

Rupanya gimik marketing utk naikkan nama je.

Yg sebenar,
Berkhalwat dengan jantan kasanova kaki perempuan.
So, drpd ruru perosak rumah tangga orang dan kantoi berkhawat...
Jauh lebih baik kazen kazen dia yg rakyat marhain itu.

Quote manehnya 14-3-2025 03:28 PM
dah makin sendu.. susah cari makan ke sis
Quote mun_cha_gha 14-3-2025 09:05 PM
gucci_advocate replied at 14-3-2025 11:22 AM
Ruhainies kena hire manager yang power macam manager Faz and Mimi Lana. Iman Tang kan?

Boleh cepat- ...

Power ke manager Iman Tang itu. Bodoh je aku tengok!
Quote I.K.A888990 14-3-2025 09:26 PM
rajin ek risteena ni menjual kat bazaar retis2 tu
yelah job drama pun mcm tak de kan
Quote Aneem 14-3-2025 09:30 PM
Ni si cemey lagi sorang.
Cecepat kawin.
Jgn asyik nak meleser je kat mana2 jantan.
Quote mamajawie 14-3-2025 10:28 PM
si ris ni da cerai ke dgan laki dia Isa khan tu?pelik aku tgok relay dorang ni
Quote immortallez 14-3-2025 10:45 PM
Risteena cantik tapi kulit dia tak berapa elok. Muka jenis cantik bila mekap. Apa cerita suami dia Isa Khan ? Masa kapel bukan main dasyat korang punya caring & sweet

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055676 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top