CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesanan terakhir Farah Lee: Gambar, video jadi kenangan jika dia tak kembali ke tanah air

3-10-2025 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2281| Komen: 25

 

Kuala Lumpur: "Farah pesan kepada saya setiap gambar dan video yang dia kongsi itu adalah sumbangan yang boleh dijadikan kenangan untuk keluarga, rakan dan seluruh rakyat Malaysia sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak diingini dan dia tidak kembali ke tanah air," kata Muhammad Faeez Azahar.

Muhammad Faeez, 32, adalah pengurus dan sahabat baik aktivis dan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee yang juga aktivis Global Sumud Flottila (GSF) mewakili Malaysia yang ditahan tentera Israel, semalam.

Muhammad Faeez berkata, Farah Lee yang dikenali sejak tiga tahun lalu juga sempat meminta maaf dan berterima kasih kepadanya kerana banyak membantu beliau sepanjang misi dan perkenalan mereka pada malam sebelum dia ditahan.

Menurutnya, Farah Lee juga sempat berpesan supaya tidak hanya memikirkan keselamatannya dan peserta misi yang lain sebaliknya lebih banyak memikirkan rakyat Palestin terutama anak yang lapar dan mereka yang dizalimi setiap hari.


"Dia sempat mengarahkan kami di Childrity untuk menggerakkan kempen bantuan susu buat anak Palestin semasa dia berada di kapal pada misi berkenaan.

"Malah, saat-saat akhir sebelum serangan, Farah masih berusaha menghantar video kekejaman Israel yang menjadi rakaman terakhir daripadanya sebelum terputus hubungan dan kemudian disahkan dia sudah ditahan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Bercerita lanjut, Muhammad Faeez berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Farah Lee pada 5.19 pagi semalam melalui kumpulan WhatsApp khas untuk perkembangan Sumud Nusantara antara pasukan mereka di tanah air.

Katanya, sepanjang misi berkenaan Farah Lee menugaskan dia untuk menguruskan urusan media selain menjadikannya rujukan untuk berbincang apa sahaja perkara.

"Setiap hari Farah akan berkongsi video dalam perkongsian album untuk saya hasilkan konten perkembangan misinya, selain menyimpan 'footage' sebagai persediaan sekiranya telefonnya dibuang ke laut ketika diserang tentera Israel," katanya.

Menurutnya, dia mempunyai hubungan persahabatan yang sangat rapat dengan Farah Lee dan menyifatkan wanita itu seorang yang sahabat yang baik, menghargai dan selalu memberi peluang.

"Dia juga seorang yang sangat bersemangat membantu orang, tidak pernah kenal letih dan tak pernah terfikir untuk berehat.

"Saya sendiri pernah bersama beliau dalam misi ke Yaman dan Afghanistan, kedua-duanya kawasan peperangan. Farah tak pernah takut, malah sentiasa fikir bagaimana mahu membantu mereka yang memerlukan.

"Untuk misi Sumud Nusantara ini, dia sudah tahu risikonya namun dia tak pernah gentar. Pernah dia cakap 'kita fikir risiko kita, tapi anak Palestin setiap hari fikir bila mereka akan mati, bila lagi mereka akan diserang'. Saya sangat yakin Farah seorang yang kuat semangat, tabah, dan boleh hadapi dugaan ini," katanya.

Katanya, harapannya juga sama seperti keluarga Farah Lee yang mengharapkan keselamatan wanita itu dan semua peserta misi terutama dari Malaysia terjamin daripada sebarang perkara tidak diingini, malah yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan akan melakukan terbaik untuk keselamatan mereka.

Sumber: – Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 4-10-2025 07:34 AM
Quote Dwdrum 4-10-2025 07:39 AM
Afghanistan ko pernah masuk taliban highway?.... Di antara kandahan - kabul... Di situ boleh dapat free RPG dari taliban... Flotila mission ini seperti inconvenience vacation saja dek...
Quote Decaffeinated 5-10-2025 10:55 PM
Pesanan kena lah dramatik baru lah balik nanti macam hero.
Quote kemaruk 5-10-2025 10:56 PM
Kenapa terakhir? Dah meninggal ke?
Quote pooh~key 6-10-2025 09:12 AM
Decaffeinated replied at 5-10-2025 10:55 PM
Pesanan kena lah dramatik baru lah balik nanti macam hero.

Sissy…. Akak terhibur sissy.
Quote Akalditipumata 7-10-2025 01:44 PM
Decaffeinated: Pesanan kena lah dramatik baru ...


Pdhal mmg tahu akn balik ngn selamat... Nk pergi misi bantuan tp drama tu.. haish..
Quote ninja boy 7-10-2025 02:24 PM
Edited by ninja boy at 7-10-2025 02:26 PM

Apa cerita 9 kapal 2nd wave, tenggelam terus cerita 9 kapal after retis selebiriti balik disambut pewira
Si FL xde cerita she kena kat sana
Quote Skuau 7-10-2025 02:46 PM
Edited by Skuau at 7-10-2025 02:54 PM

Mohon masukkan lagu 'Salam Terakhir'... ke 'dlm' video berkenaan
Quote likilu 7-10-2025 07:12 PM
Akalditipumata replied at 7-10-2025 01:44 PM
Pdhal mmg tahu akn balik ngn selamat... Nk pergi misi bantuan tp drama tu.. haish..

Memang dioramg cakap mcm tu kan from the beginning n training pun lama kan, logically dah simulate apa akan jadi kalau ada encouter intercept n kena bawak ke darat oleh lDF

Sbb tu asyik asyik sebut intercept intercept je
N what to expect at safe zone, international waters, yellow zone or red zone

Disamping tu jugak ahli misi are assured at any point nak back off diorang boleh, ada je boat bwk diorang escape so tak rasa pressure bila tak tahan boleh quit je
Quote Akalditipumata 7-10-2025 07:19 PM
likilu replied at 7-10-2025 07:12 PM
Memang dioramg cakap mcm tu kan from the beginning n training pun lama kan, logically dah simulate ...

Iye.. semua dh dijangka. Sbb tu ade yg tenang ade yg buat gelabah.. sbb background diorg lain2.. lupa lak yg tu..
Quote likilu 7-10-2025 07:24 PM
Akalditipumata replied at 7-10-2025 07:19 PM
Iye.. semua dh dijangka. Sbb tu ade yg tenang ade yg buat gelabah.. sbb background diorg lain2.. l ...

Betul, background, knowledge n experience tak sama

I guess its part of the message - misi ni bawak random everyday people je bukan tough n well trained military, tapi nak maximise kan coverage diorang offer kat yg ramai followers rajin buat live n leave it to them nak drama apakebenda - target tercapai, more people talk about gaza

Meanwhile the core leaders n masterminds focus keje diorang misi utama nak break the siege sambil sambil bawak penumpang ni semua.
Quote Akalditipumata 7-10-2025 07:36 PM
likilu replied at 7-10-2025 07:24 PM
Betul, background, knowledge n experience tak sama

I guess its part of the message - misi ni baw ...

Faham. Sbb tu wave kedua mcm sunyi sikit.. group skrg more professional team yg kurg viewer. Tmbah pula skrg media fokus ttg apa yg jadi masa dlm tahanan. Media menjual cerita berdasarkan kehendak viewer lak.. peranan media bsr sebenarnya.. Hopefully kembali fokus pada tujuan asal.

Quote silance 7-10-2025 07:39 PM
Edited by silance at 7-10-2025 07:40 PM

Nanti kot ada yang bertemu jodoh internesenel di atas boat flotila.
Quote pooh~key 7-10-2025 08:11 PM
Dah mati syahid belum sissy?
Quote fattymah 7-10-2025 08:48 PM
Camera position tak cun untuk kapal wave kedua
Quote cm_vungtau 7-10-2025 10:15 PM
Kenapa pengurus kena lelaki? Agittew aku cuba nak memahami
Quote silance 8-10-2025 12:00 AM
Anyonghaseyo?
Quote cm_vungtau 8-10-2025 12:36 AM
Yang pergi pun semua jenis nama berangan. Ardell aka Dayah, pastu si Farah Lee ni padahal Farah Ramli
Quote clueless_gamer 10-10-2025 11:09 AM
Dwdrum: Afghanistan ko pernah masuk taliban highway?.... Di antara kandahan - kabul... Di situ boleh dapat free RPG dari taliban... Flotila mission ini sepert ...


zaman bila tu sis? update lah sikit current issues knowledge tu.. biased sangat lah..

jgn depend sgt naration dari CNN semata, cuba tukar ke middle east eye tu sekali sekala.. cross check satu2 issue tu dulu.. try ni https://www.youtube.com/@MiddleEastEye/search?query=evangelical

ni baru minggu ni.. dutch women bike rider went through the taliban highway and cities safely.. dia pun pernah sampai KL dulu few years ago..

[youtube]h5SHkMynzjA[/youtube]

skrg dah aman.. banyak je mat saleh masuk sana.. siap buat vlog lagi.. walaupun tak maju, pakistan dan afganistan ni.. negara dia nak bersih tak kotor mcm negara lain sangat sis..

kalau US troop yg mmg sah jadi invading army dulu tu mmg disambut dgn rpg lah.. sama mcm dkt iraq.. sbb tgh perang kan? logic kan?

flotila tu aritu tu kena kidnap dekat perairan antarabangsa ye, dia bawak banyak bahan bantuan, tp dituduh bawak kapal kosong je, padahal banyak je gambar video org loading barang tu dulu.. fake news media ni mmg bahaya especially dlm shaping biased perception in a conflict time..

yg ni mesti tak keluar dkt cnn ke us based media sana kan sis?
[youtube]vio53jUpJz0[/youtube]


Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053313 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top