CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Da’i Syed Kekal Bersalah, Ke Penjara Semalam

24-1-2026 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20138| Komen: 1

 


Pendakwah selebriti Da’i Syed diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi  Shah Alam mengekalkan sabitan terhadapnya atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuan Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman tersebut.

“Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat, justeru hukuman penjara itu bermula hari ini,” kata hakim.

Pada Ogos 2024, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita.

Pada 10 Disember 2020, Dai Syed mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.



Sumber :Sinar Harian, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 25-1-2026 01:26 PM
Ya Rabbi hudusnya nak kata tinggi x tinggi pun mcm mana perempuan boleh sangkut dgn dia ni, mesti heols cakap ereb sikit dgn title PU, a manipulative man, i assume

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.085143 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top