|
TAIPEI – Seorang pendaki Amerika Syarikat (AS) menakluki bangunan tertinggi Taiwan tanpa bantuan peralatan keselamatan hari ini dalam aksi nekad yang menarik ratusan penonton dan disiarkan secara langsung oleh Netflix. Alex Honnold, 40, telah menakluki beberapa bongkah batu paling menggerunkan di dunia dan menjadi terkenal di seluruh dunia pada 2017 selepas mendaki ‘El Capitan’ di Yosemite. Ia merupakan monolit granit antara paling sukar untuk ditakluki. Hari ini, dia memanjat bangunan Taipei 101 yang menjulang setinggi 508 meter dengan orang ramai berkumpul dan bersorak di bawah. Honnold adalah orang pertama yang memanjat Taipei 101 tanpa sebarang peralatan seperti tali, abah-abah atau jaring keselamatan tetapi bukan orang pertama menakluki pencakar langit itu. Cabaran berjudul ‘Skyscraper Live’ itu dijadualkan disiarkan di Netflix pada semalam, namun ditangguhkan kerana cuaca buruk.
“Adalah menjadi impian seumur hidup saya untuk mendaki bangunan pencakar langit,” kata Honnold dalam video promosi pendakian itu di laman Facebook Netflix, Selasa lepas. “Jadi saya akan melakukan solo bebas Taipei 101. Tiada tali, tiada peralatan, hanya saya dan bangunan itu,” tambahnya. Pada tahun 2004, Alain Robert yang digelar ‘Spiderman Perancis’ muncul orang pertama mendaki pencakar langit Taipei 1010 tetapi melakukannya dalam keadaan hujan dengan bantuan tali keselamatan. – AFP |
axl_bach replied at 25-1-2026 03:04 PM
Benda2 daredebil cenggini, cam parkour bagai ni kita tgk dlm video pun dah seram sejuk.... Dorg rile ...
a4_paper replied at 25-1-2026 03:24 AM
dia training guna safety sampai la dia ingat semua step even tutup mata..
hari kejadian just buat ...
kemaruk replied at 25-1-2026 05:55 PM
Dulu 15 tahun lepas ada orang perancis panjat klcc stlye camni gak
Dwdrum replied at 25-1-2026 08:17 PM
Honnold ini sudah legend untuk rock climbing.. Dengan free solo style ascent (without rope)...
Non ...
axl_bach replied at 25-1-2026 04:34 AM
Kita tgk gambar ni pun dah peluh tapak tangan.... Hahahaha
L.U.S.M replied at 25-1-2026 11:05 PM
Ya Allah xterkincit dia naik tinggi2 gitu keee

terma2nkondisi2 replied at 26-1-2026 08:52 PM
dia rilek2 je.. happy2 je takde masalah
Dwdrum replied at 26-1-2026 06:20 AM
Boleh try di bouldering gym yang aku tahu di penang... Extreme sports begini selalu nya apabila su ...
axl_bach replied at 25-1-2026 03:04 PM
Benda2 daredebil cenggini, cam parkour bagai ni kita tgk dlm video pun dah seram sejuk.... Dorg rile ...
kemaruk replied at 25-1-2026 05:55 PM
Dulu 15 tahun lepas ada orang perancis panjat klcc stlye camni gak
ADVERTISEMENT