|
Pelakon jelita Anna Jobling berkata kemesraannya dengan aktor Indonesia, Karel Susanteo bukan lagi rahsia apabila dilihat memuat naik momen bersama di media sosial.
Memetik HibGlam, Anna juga mengakui ada bercuti bersama jejaka itu ke Amerika Syarikat bulan lalu yang turut disertai teman-teman dan keluarga. Menurut Anna lagi, dia juga berhak untuk bahagia serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya. “Kami bercuti di Amerika Syarikat tetapi bukan berdua. Bersama dengan teman-teman dan keluarga. Bila sudah penat bekerja sepanjang tahun ‘back to back’ jadi saya ambil masa untuk bercuti. “Saya terbuka berkongsi momen bersama. Ia bukan lagi rahsia. Tetapi saya juga punya kehidupan privasi. Apa yang saya rasa saya nak kongsi saya akan kongsi. Tiada apa yang perlu saya malukan. “Apa yang boleh saya katakan doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga berhak untuk bahagia begitu juga dengan yang lain,” katanya. Sementara itu, Anna meluahkan rasa syukur denganr respon peminat yang merestui dan gembira melihat dia bahagia bersama jejaka berkenaan. “Alhamdulillah. Apa yang kami mahukan adalah doa yang baik-baik daripada semua. Saya baca komen-komen peminat ada yang sangat ‘sweet’ tetapi ada juga yang tak setuju. Tetapi saya ‘ignore’ sahaja,” katanya. Sumber: HibGlam, Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037093 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.