Oleh Izzah Abbasy
Melihat ekonomi negara yang semakin 'sesak nafas' tunggu terputus tali hayat sama ada terus hidup mahupun tamat begitu sahaja, siapalah yang tidak risau. Keadaan negara yang terumbang-ambing dengan politik yang tidak temui kata sepakat, memang menyusahkan rakyat. Masing-masing bertekak dan memihak kepada kepentingan sendiri daripada mencari ikhtiar untuk menyelamatkan negara atau bangsa sendiri. Bukan merungut atau 'demand' dengan pekerjaan dan gaji yang ditawarkan. Namun, ada sebab kenapa anak-anak muda lepasan pengajian tinggi memilih untuk tidak bekerja sebagai buruh. Jika dahulu, apabila anak-anak habis sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pasti disuruh sambung belajar ke peringkat diploma, ijazah, sarjana dan seterusnya pHd agar dapat mengubah nasib keluarga selain dilihat terpelajar. Sehinggakan graduan dilihat mampu mengubah ekonomi negara untuk menjadi negara paling maju. Walau bagaimanapun, kata-kata tersebut tidak lagi digunapakai kerana majoriti graduan hanya mampu membuat 'pekasam' sijil tinggi mereka kerana sukar untuk mendapat pekerjaan. Tetapi hari ini, rata-ratanya menyalahkan graduan sahaja. Perkongsian status daripada laman Facebook UTHM troll merupakan jawapan bagi pihak graduan yang dikira menjadi mangsa keadaan semasa. Jika dikira para graduan yang mengambil kos binaan dan seangkatan dengannya, untuk menjadi seorang 'buruh' yang dikira pekerjaan yang sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental dengan gaji yang sangat rendah, siapalah yang mahu? Tapi, takkanlah kesemua graduan perlu menjadi seorang buruh? Bangla atau warga asing yang dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja sebagai buruh, mereka dikerah seperti hamba. Jika anak muda disuruh menjadi buruh dan diperlakukan seperti bangla, tidakkah mereka akan jadi seperti hamba yang merempat di negara sendiri? Patutkah begitu? Sama-samalah kita buka minda. Menjadi seorang buruh bukanlah pekerjaan yang keji tetapi tidak kesemua orang mampu bekerja sebagai buruh. Ya, apabila kita berada di tempat dan memiliki pekerjaan yang selesa, sudah pasti kita tidak menghiraukan lagi orang bawahan. Tidak merasa apa yang mereka rasa. Sebab itulah, kita boleh cakap 'sesedap mulut'. Pihak menteri, pihak atasan dan yang sama waktu dengannya haruslah mengkaji di mana silapnya. Ambil tindakan segera agar tidak menunding salah kepada anak muda hari ini. Buat apa jadi menteri, jika masalah rakyat tak boleh selesaikan? Betul tak? Begitulah dengan para graduan, bukanlah mereka memilih pekerjaan, tetapi graduan terpelajar memiliki kemahiran yang berbeza dan berhempas pulas dengan impian yang telah diimpikan sejak awal, mana mungkin ingin menjadi buruh sahaja? - CARI Infonet
|
9
Bagus |
3
Marah |
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
azimodin replied at 15-2-2016 04:16 PM
Jadi adakah graduan lebih rela mengangur dari jadi buruh???
Dulu aku pernah interview sorang mama ...
capiloton replied at 15-2-2016 05:01 PM
umngok ni saling tak tumpah macam tuan besar penjajah british..
british dulu kutuk melayu malas, na ...
ADVERTISEMENT