CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai orang asli makan anggur !

14-7-2013 06:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3577| Komen: 13

14 Julai 2013                    


Pekerja asing yang monopoli pekerja di sektor pertanian memikul sayuran yang dimuatkan
dalam bakul untuk ke tebing jalan sebelum dipasarkan.

GUA MUSANG - Ramai penduduk Orang Asli sekitar Lojing, dekat sini, terpaksa menganggur kerana banyak peluang pekerjaan di sektor perladangan sayuran diutamakan kepada buruh asing.
       
        Malah, mereka juga bimbang dengan nasib anak-anaknya terutama selepas tamat persekolahan hingga ramai terpaksa menganggur berikutan peluang pekerjaan terhad dan jika ada ditawar pula dengan gaji yang rendah berbanding tenaga asing.
       
        Masalah itu sudah lama dibangkitkan kaum berkenaan terutama selepas tanah hutan di kebanyakan sekitar Lojing ditebang secara meluas untuk projek tanaman sayuran menyebabkan hasil hutan terutama rotan pupus.
       
        Tinjauan Sinar Harian mendapati, kebanyakan keluarga Orang Asli di Lojing hidup mundur kerana hilang punca pendapatan berikutan pergantungan mereka kepada hasil hutan sebelum ini diterangi dengan tanaman sayuran.
       
        Penduduk Orang Asli, Osman Akoh, 49, berkata hampir keseluruhan tenaga pekerja di ladang sayuran bilik syarikat luar dari Kelantan itu dikuasai pekerja asing manakala ramai penduduk Orang Asli pula hidup lepak.
       
        Bagaimanapun, beliau mengakui memang ada juga kaum itu bekerja tetapi bilangannya amat kecil dan diberi upah pula dengan kadar yang tidak munasabah dan setimpal dengan tugasan berat menanam sayuran.
       
        Beliau berkata, masalah yang lebih utama bagi remaja kaum Orang Asli mudah terdedah dengan gejala negatif berikutan tidak mempunyai pekerjaan.
       
        Kadang kala mereka mengharapkan kepada upah menjadi pemandu pelancong mendaki gunung sekitar kawasan tanah tinggi Lojing dan peluang pekerjaan seumpama itu tidak selalunya ada kecuali  pada hari cuti minggu atau cuti umum sahaja.
       
        “Sekali membawa pelancong hanya dapat upah untuk belanja seminggu sahaja bagi mereka yang mempunyai anak ramai dan selepas itu hidup kekeringan,” katanya.
       
         Uda Ujang, 43, pula berkata, kerajaan sewajarnya mengambil langkah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum Orang Asli supaya seimbang kemajuan dengan kaum lain di negara ini.
       
        Beliau berkata, walaupun Orang Asli lebih awal bertapak di Lojing itu, namun hampir keseluruhan tanah tinggi itu diterokai pengusaha luar untuk tanaman sayuran.



6

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
21

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PITTSBURGH 14-7-2013 04:41 PM
pihak berwajib sila panto
kesyan org2 asli ni
Quote pakwetizzaqyah 14-7-2013 04:51 PM
smua kampeni nk bayar murah....tu la sbbnya..nak buat untung banyak...bayar cukai ntah bayar ntah tidak..ntah2 settle dngn rasuah orang dalam... dah tu salahkan rakyat sndiri malas la...memilih kerja la itu la ini la...dah rumah masuk pencurik indon..salahkan polis..masak alah la puak2 orang kaya dan menteri2 ni...
Quote freebird 14-7-2013 04:55 PM
p/s istilah makan anggur - menganggur... knape dilojing, di cameron hi land pun sama isunya...
kat cameron hiland, bawah BN...kerja melimpah ruah, orang asli semua jadi mandor..
kat lojing, bawah PAS, orang asli tak pandai buat kerja...
Quote ninja boy 14-7-2013 04:57 PM
apalagi pergi merompak warga asing pulak, tempat aku ramai melayu rompak warga asing nih
Quote boyagombak 14-7-2013 05:31 PM
Makan kurmalah bulan pose ni
Makan anggur x barokah selamat
Quote izamahmed 14-7-2013 05:37 PM
YB mana YB?? YB sibuk beforum dlm CI
Quote Muntz 14-7-2013 05:42 PM
Aku heran org sanggup bayar org luar lebih mahal, ditambah dgn kos imigresen bagai. Padahal org dlm negara just bayar lebih sikit jer, confirm motivasi diorg up.
Quote ultra78 14-7-2013 05:43 PM
Aikk...sepatutnya AN yg buka thread ni

Quote ultra78 14-7-2013 05:45 PM
Muntz posted on 14-7-2013 05:42 PM
Aku heran org sanggup bayar org luar lebih mahal, ditambah dgn kos imigresen bagai. Padahal org dlm  ...

bayar mahal utk dapatkan 'hamba'
Quote iza_yuss 14-7-2013 05:50 PM
same story all the time..... ntah2 satu hari nanti, kaum utama penduduk malaysia adalah bangla n indon.....huhu
Quote tongkatwaran75 14-7-2013 05:54 PM
ultra78 posted on 14-7-2013 05:43 PM
Aikk...sepatutnya AN yg buka thread ni

sape AN tu?
Quote mak_wa95 14-7-2013 07:02 PM
asli malas kerja...semua nak subsidi...
Quote liyamariska 14-7-2013 07:08 PM
ai rasa isu pembayaran yg menjadi masalah...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.043259 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top