CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Durian Runtuh! Wang Pampasan RM37 Juta Berjaya Dituntut Semula 78 Orang Asli

23-12-2016 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6959| Komen: 81

Description: Susulan Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan yang memihak kepada mereka, 78 masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun daripada tiga kampung di Kota Tinggi, Johor berjaya mendapatkan balik wang pampa ...
Susulan Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan yang memihak kepada mereka, 78 masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun daripada tiga kampung di Kota Tinggi, Johor berjaya mendapatkan balik wang pampasan tanah sekali gus mengakhiri penantian sejak tahun 2000.


Hakim Datuk Samsudin Hasan dalam penghakimannya menetapkan semua plantif dari Kampung Sayong Pinang, Kampung Semangar dan Kampung Pasir Intan serta Tabung Amanah Linggui Valey Orang Asli (Jakuns) Trust layak menerima semula wang pampasan dengan jumlah keseluruhan RM37 juta.

Keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Ipoh kerana Datuk Samsudin yang mengendalikan prosiding kes itu di Mahkamah Tinggi Johor Bahru sebelum ini, kini ditukarkan di sini.

Jumlah itu termasuk RM5 juta bagi ganti rugi teladan dan RM1 juta bagi kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada 78 plaintif serta kepada mahkamah yang dilantik sebagai Penerima dan Pengurus.

Samsudin membuat keputusan itu setelah mendapati defendan, S. Kanawagi bekas peguam, anaknya K. Dinesh, dua tok batin iaitu Tok Adong Kuwau dan Daud Kadir yang telah meninggal dunia dan firma guaman Khana & Co telah menyalahgunakan wang pampasan plantif.- CARI


sumber foto: http://media.themalaymailonline.com/

28

Bagus
23

Marah
24

Terkejut
12

Sedih
21

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tok_Batin 23-12-2016 09:48 AM
Edited by Tok_Batin at 23-12-2016 09:54 AM

Ringkasan Kes

2000: Sekumpulan 78 Orang asli berjaya mendapat pampasan RM38 Juta daripada kerajaan negeri Johor kerana tanah adat mereka dirampas untuk pembinaan empangan. Orang Asli diwakili penguam S Kanawagi, dan anaknya K Dinesh.

Peguam S Kanawagi dan anaknya menipu duit pampasan tersebut dan membeli 30 unit apartment atas nama S Kawawagi dan 27 apartment atas nama K Dinesh.

Orang asli menyaman S Kanawagi dan anaknya

2016: Orang Asli berjaya dalam tuntutan dan mahkamah memerintah S Kanawagi dan anaknya K Dinesh memulangkan wang curi RM38 juta tersebut.

Quote bottombikini 23-12-2016 09:48 AM
wow..power loyer nih
Quote Tok_Batin 23-12-2016 09:49 AM

BERJAYA!!!
Quote GhostWalking 23-12-2016 09:52 AM
Tahniah tok batin!
Quote Tok_Batin 23-12-2016 09:56 AM
Edited by Tok_Batin at 23-12-2016 10:00 AM

78 Orang Asli Dapat Semula Wang Pampasan Tanah RM37 Juta

CENTER FOR ORANG ASLI CONCERNS (COAC)·FRIDAY, 23 DECEMBER 2016


Penantian 78 masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun daripada tiga kampung di Kota Tinggi, Johor sejak tahun 2000 untuk mendapatkan balik wang pampasan tanah mereka berakhir apabila Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan yang memihak kepada mereka.
Keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini kerana Hakim Datuk Samsudin Hasan yang mengendalikan prosiding kes itu di Mahkamah Tinggi Johor Bahru sebelum ini, kini ditukarkan di sini.
Samsudin dalam penghakimannya menetapkan semua plantif dari Kampung Sayong Pinang, Kampung Semangar dan Kampung Pasir Intan serta Tabung Amanah Linggui Valey Orang Asli (Jakuns) Trust layak menerima semula wang pampasan dengan jumlah keseluruhan RM37 juta.
Jumlah itu termasuk RM5 juta bagi ganti rugi teladan dan RM1 juta bagi kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada 78 plaintif serta kepada mahkamah yang dilantik sebagai Penerima dan Pengurus.


S. Kanawagi (kanan, pada 2004) dan anaknya Dinesh.

Samsudin membuat keputusan itu setelah mendapati defendan S. Kanawagi bekas peguam, anaknya K.Dinesh, dua tok batin iaitu Tok Adong Kuwau dan Daud Kadir yang telah meninggal dunia dan firma guaman Khana & Co telah menyalahgunakan wang pampasan plantif.
Pada 5 Jun 2000, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengarahkan kerajaan negeri Johor membayar RM38,554,111.92 sebagai pampasan kepada Orang Asli untuk tanah mereka yang terlibat bagi pembinaan Empangan Linggiu.
Mahkamah memerintahkan wang itu diserahkan kepada syarikat guaman Khana & Co untuk dibayar kepada Orang Asli selepas ditolak kos termasuk guaman, yuran perundingan dan perbelanjaan untuk tujuan saman ini.Bagaimanapun, semua plaintif tidak menyedari penghakiman itu sehingga tahun 2004 [bila COAC masuk ke kampung dengan maklumat berkenaan] dan cuba mendapatkan wang pampasan tersebut, namun gagal sebelum melantik peguam pada 2009 untuk memfailkan permohonan bagi memperoleh semula wang berkenaan.

Dalam penghakimannya, Samsudin berkata semua defendan selaku pemegang amanah telah menyalahgunakan dan salah urus wang tersebut.
Menurutnya, mahkamah mendapati defendan juga telah menggunakan sebahagian wang amanah yang layak diterima oleh Orang Asli untuk membeli 27 unit pangsapuri di Kuala Lumpur dengan harga RM20.7 juta di bawah nama Kanawagi.
Selain itu, wang hasil sewa daripada 27 pangsapuri kemudian digunakan untuk membeli 30 pangsapuri di bawah nama Dinesh.
Berikutan itu, mahkamah memerintahkan semua 57 unit pangsapuri tersebut diserahkan kembali kepada Tabung Amanah Linggui Valey Orang Asli (Jakuns) Trust dan jika enggan pendaftar mahkamah boleh menandatangani dokumen berken
aan.



Ragumaren (kiri tengah), Kenneth Koh dan Saling.
Plaintif diwakili peguam G. Ragumaren, Kenneth Koh dan Christopher Leong (dengan Renu Zecchariah, Ng Eng Kiat  dan John Varghese untuk Receiver & Manager). Manakala defendan diwakili peguam Shopna Rani, Amir Hamzah, Manjeet Singh Dhillon dan G. Ravi).
Sementara itu wakil plaintif,, Saling Lau Bee Chiang berkata penantian mereka untuk mendapatkan keadilan sejak sekian lama membuahkan hasil dan ia sangat mengembirakan.
"Ini adalah pengajaran kepada Orang Asli supaya tidak mudah tertipu dan perlu berhati-hati apabila melantik mana-mana peguam," katanya sambil menambah mereka menaiki bas sewa dari Kota Tinggi dan tiba di Ipoh pukul 7 pagi tadi.

Bernama | 22 December 2016

Quote Tok_Batin 23-12-2016 09:57 AM


Mentang-mentang 78 orang asli ni tak berpendidikan, dua orang peguam ini dikatakan cuba menipu wang pampasan mereka berjumlah RM38 Juta
Quote hanasensei 23-12-2016 09:59 AM
Lawyer pun x boleh pakai. Ambil kesempatan atas kesempitan org lain. Apa ingat org asli xda yg bijak2 ker.
Quote Tok_Batin 23-12-2016 10:02 AM
Orang asli menang pampasan RM38juta tahun 2000, tapi lawyer tak bagitahupun perihal kemenangan tu kepada mereka.

Tahun 2004 masa CAOC semak mereka kehairanan sebab tak tahu dapat pampasan lawyer guna duit beli 57 apartment atas nama sendiri dan anaknya.
Quote tagas 23-12-2016 10:09 AM
Cilake punye keling loyer

Tak amanah tak jujur

Layak mampos
Quote Skuau 23-12-2016 10:11 AM
Kenapalah korang tak habis2 megambil kesempatan ke atas mereka.....???:
Quote tungkai 23-12-2016 10:12 AM
CAOC tu apa? Ada cerita lanjutan tak pasal ex lawyer Kanawagi anak beranak ni? Beli 27 condo pastu hasilnya beli 30 lagi..Lahanat betul peel..
Quote Star_el 23-12-2016 10:14 AM
aku risau plak pasni dh tau diorg ada duit ni ada lg puak2 yg cuba menangguk di air keruh. Satgi abes gitu je duit.
Quote deezeck 23-12-2016 10:14 AM
Tok_Batin replied at 23-12-2016 09:57 AM
Mentang-mentang 78 orang asli ni tak berpendidikan, dua orang peguam ini dikatakan cuba menipu w ...

loyer kalinga macam geng maideen la ni
Quote EJALTI 23-12-2016 10:15 AM
Tahniah orang2 asli...
Quote maharani_gebu 23-12-2016 10:16 AM
Tok_Batin replied at 23-12-2016 09:48 AM
Ringkasan Kes

2000: Sekumpulan 78 Orang asli berjaya mendapat pampasan RM38 Juta daripada kerajaa ...

tamak giler loyer ni.... sampai 30 unit apartment dibelinyer....

anak pun sama naik... total anak banak ade 57 unit apartmnt...

kalau sewa tiap satu katalah RM700....

RM700 x 57 unit = RM39,900 income pasif sebulan

KAYO! KAYO! KAYO!
Quote DayangKirana 23-12-2016 10:17 AM
memerintahkan semua 57 unit pangsapuri tersebut diserahkan kembali kepada Tabung Amanah Linggui Valey Orang Asli (Jakuns) Trust


rasanya value all these property dah exceed more than 38mil. . served them right. ambik hak orang lagi.
Quote Muntz 23-12-2016 10:24 AM
Bertahun2 fight utk tanah diambil utk buat empangan. Tambah 16 tahun lagi utk fight lawyer penipu. Mmg tabah betul org Asli nih.
Quote jengkoil 23-12-2016 10:27 AM
Hmmmm..mmg muka x de Nur..  
Quote jengkoil 23-12-2016 10:28 AM
Samsudin made the ruling after finding the defendants — former lawyer S Kanawagi, his son K Dinesh, two tok batin (Orang Asli chiefs), Tok Adong Kuwau and Daud Kadir, now deceased, and the legal firm of Messrs Khana & Co — had misappropriated the funds belonging to the plaintiffs.

Amboi amboi.. @Tok_Batin pun join skali na?.beli kondo juak ka?

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065818 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top