CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Islam Tak Suruh Melayu Jadi Arab Tak Pula Supaya Jadi Barat - Dr Maza

25-3-2016 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 6883| Komen: 39|Original author: CrowneGlory


Oleh Fyruz Hanna

Ekoran daripada isu 'Orang Melayu Tiru Orang Arab', Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempunyai pandangannya sendiri berhubung isu tersebut.

Dr Maza menerusi Facebook rasmi miliknya berkata Islam tidak memerintahkan umatnya mengamalkan budaya atas 'dasar arab' tetapi sebahagian perkataan arab telah menjadi istilah yang dipakai dengan keilmuan Islam.

Dr Maza juga menjelaskan tidak salah untuk mengkritik budaya yang tidak sesuai dengan jiwa dan identiti tetapi ia perlulah adil untuk setiap budaya.



Perkongsian penuh Dr Maza


Budaya Arab vs Budaya Melayu
Ada pihak mengkritik melayu yang meniru budaya Arab termasuk menggunakan istilah-istilah seperti iftar, 'idil fitr dan lain-lain. Ya, kita pun akui bahawa Islam pun tidak memerintahkan kita mengamalkan budaya atas dasar kearaban Arab. Islam itu bukan agama perkauman Arab.
Namun perlu disedari bahawa sebahagian perkataan arab itu telah menjadi istilah yang dipakai dalam keilmuan Islam termasuk iftar, haji, masjid, sujud, rukuk dan seumpamanya. Tiada salahnya kita menggunakan istilah-istilah ini seperti mana banyak istilah Inggeris kita guna dalam bidang yang lain. Bahkan banyak istilah Arab itu lebih mendekati maksud syarak dalam kerangka istilah ilmu.

Lebih daripada itu, al-Quran berbahasa Arab yang tidak boleh ditukar ganti dengan bahasa lain. Apa yang boleh, sekadar terjemahan maksud ayat-ayat al-Quran bagi yang gagal memahami teks Arabnya yang asal. Namun bacaan al-Quran kekal dalam bahasa Arab. Al-Quran bahasa Arab dan Nabi kita Muhammad s.a.w juga berbahasa Arab.
Islam tidak memaksa kita memakai jubah ataupun mensyaratkan muslim mesti memakai jubah. Tapi, tiada salah ataupun ganjil seseorang melayu memakai jubah. Apatah lagi di peringkat dunia, jubah telah sekian lama menjelma sebagai pakaian sarjana. Itu sebabnya, hasil dari tamadun ilmu yang umat Islam kembangkan di zaman kegemilangannya, sehingga hari ini, jubah telah menjadi pakaian graduan di seluruh dunia pada hari mereka menerima ijazah.

Tidak mengapa untuk kita menyatakan tidak setuju ikut budaya Arab sebab kita Melayu. Namun, yang ganjilnya, jika kita tidak pernah pula mengkritik budaya Barat sehingga ia menjadi ikutan bukan sahaja dalam pakaian bahkan tingkah laku kita dalam semua perkara, baik dan buruk.

Ada orang Melayu yang sudah tiada melayu lagi sekalipun pada upacara 'kemelayuan'. Hari diangkat menjadi 'ketua melayu' pun tiada pakaian melayu dan cara melayu. Budaya dan pakaian begitu Barat sekali. Tidak pula kita nilai dengan kritis.

Tiada salahnya untuk kita kritik budaya yang tidak sesuai dengan identiti baik kita, tapi dengan sikap adil untuk setiap budaya bukan dengan mentaliti yang double-standard. 
Islam tidak menyuruh melayu menjadi Arab. Tidak pula supaya melayu menjadi Barat. Apa yang disuruh adalah seperti Surah al-Hujurat iaitu 'kenal-mengenal antara satu sama lain'. Sudah pasti antara tujuannya untuk mengambil manfaat dari budaya yang baik dan menghindari budaya yang tidak baik. Isunya bukan Arab ataupun Barat, tapi menilai antara yang positif dan negatif.

-CARI Infonet.

Sumber:FBDrMaza
15

Bagus
16

Marah
21

Terkejut
14

Sedih
38

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 24-3-2016 10:47 PM
dr maza ni bodoh
Quote sgbuloh 24-3-2016 10:48 PM
kesimpulannya.. si sultan tu sendiri pun banyak al-arabia dalam rutin hidup dia..
Quote axl_bach 24-3-2016 10:49 PM
Hasyafah mana hasyafah...

Bak kata @maideen
Quote monsterwife 24-3-2016 10:49 PM
Well said Dr.Maza.Akak biasa tinggal di ME almost 10 years.So,honestly speaking memang lah terbiasa menggunakan perkataan Arab contohnya solat,wudhuk.Apa salah ke?Bukannya sebab nak jadi Arab.
Quote CrowneGlory 24-3-2016 10:49 PM
Arab dgn Islam pun x tau beza selayaknya la tolol + bengap
Quote periakuning 24-3-2016 11:11 PM
Tak kisahlah nak guna bahasa ape..asalkan niat dan maksud sama..

Chill out everyone..isu macam ni pun nak membodohkan each other ke..

Quote sgbuloh 24-3-2016 11:18 PM
kita dulu banyak serap bahasa omputeh takde pun orang bising2. ni sekarang sembahyang nak disebut solat pun orang dah terberak-berak marah..
Quote monsterwife 25-3-2016 12:19 AM
Orang yang nak terberak Marah tu nampak sangat manusia yang susah nak diubah.Dia ingat dia aje yang betul.
Quote sekngucing 25-3-2016 12:29 AM
you can get arab out of islam
but you cant get islam out of arab
Quote sekngucing 25-3-2016 12:30 AM
arab = isle laaaaa
baca quran pun baca dlm bahasa arab
doa pun dlm bahasa arab
menutup aurat sempurna menyerupai pakaian arab
dll
Quote Mary_jane 25-3-2016 03:02 AM
Saya mengenal ia dan terus jatuh cinta.
Quote Maideen. 25-3-2016 08:36 AM
axl_bach replied at 24-3-2016 10:49 PM
Hasyafah mana hasyafah...

Bak kata @maideen

Hahahahaha....... apa salahnya guna perkataan "takok"?

Tapi yerlah khen, orang kampung memang kagum dengan perkataan perkataan berbunyi arab. Nampak warak dan berilmu gitew. Jadi kalau diguna perkataan "hasyafah" orang kampong akan lebih terhanggok hanggok supaya orang tahu mereka faham dan sekali gus, berilmu jugak! Guna perkataan "takok" kalu, tak nampak pandai lah.....

Wallahualam.
Quote sgbuloh 25-3-2016 09:02 AM
dulu ada pertandingan membaca al-quran. orang marah. sebab pertandingkan ayat2 quran.

lepas tu ditukar kepada 'musabaqah'. orang pun senyap dan tenteram jiwa.

padahal musabaqah tu = pertandingan membaca quran
Quote hyie 25-3-2016 09:14 AM
lagi rimas dengan ummah yang ber ana-anta ke hulu ke hilir demi nampak arab gitu
Quote kecimpret 25-3-2016 09:21 AM
x kesah laa nak jd arab ka omputeh ka..jgn jd murtad sudahhhhh
Quote ajinomotonosuga 25-3-2016 09:36 AM
sekngucing replied at 25-3-2016 12:29 AM
you can get arab out of islam
but you cant get islam out of arab

terbalikkk laa tuu kusengggg

u can get islam out of an arab but u cannot get arab out of islammmmm

u can get melayu out of kampong but u cannot get kampong out of a melayu... tak caya tanya penok hahahahaha

Quote LavaUollss 25-3-2016 07:13 PM
hyie replied at 25-3-2016 09:14 AM
lagi rimas dengan ummah yang ber ana-anta ke hulu ke hilir demi nampak arab gitu

tapi kalau ber I n you takpe kan? Baru lah urban gaytooohhhh
Quote ResellerMaxis 25-3-2016 08:37 PM
its better we just used english instead..
Quote ResellerMaxis 25-3-2016 08:41 PM
ajinomotonosuga replied at 25-3-2016 09:36 AM
terbalikkk laa tuu kusengggg

u can get islam out of an arab but u cannot get arab out of islamm ...

what important is to take out the terrorist from an islam

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066991 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top