CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Payung Kertas Minyak - Seni Tradisonal China Lebih 1000 Tahun

25-3-2016 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15908| Komen: 16


Oleh : TS LOO


Sebagai payung tradisional China yang tahan lama, payung kertas minyak telah dibuat dan digunakan selama lebih 1,000 tahun lalu di China. 

Payung kertas minyak boleh digunakan lebih lama dan tahan angin berbanding dengan payung biasa yang diperbuat daripada tenunan fabrik nilon. 

Yang perlu diberikan perhatian ialah payung kertas minyak perlu di simpan di tempat yang agak kering. Selain itu, payung kertas minyak tidak sesuai terdedah kepada cuaca kering di bahagian utara China.



Industri pembuatan payung kertas minyak Luzhou bermula pada penghujung zaman Dinasti Ming(tahun 1368 hingga 1644)dan awal zaman Dinasti Qing(tahun 1616 hingga 1911). 

Tempoh antara tahun 1940-an hingga 1950-an merupakan “zaman emas” bagi payung kertas minyak Luzhou. Pada masa itu, Jalan Zhuzijie yang berhampiran dengan pelabuhan Xiaoshi, Luzhou dikenali sebagai “jalan payung kertas minyak”. 

Dalam tempoh tersebut, Luzhou mempunyai lebih 100 buah kilang pembuatan payung kertas minyak dan pekerjanya hampir berpuluh-puluh ribu orang. Jumlah keluaran payung kertas minyak mencatat 20 juta kaki payung.

Sekitar tahun 1970-an pula, payung yang rangkanya diperbuat daripada keluli menggantikan payung kertas minyak. Kebanyakan pekerja yang membuat payung kertas minyak mulai menukar kerjaya mereka. Pada tahun 1990-an, jarang ada orang membuat payung kertas minyak.


Seni pembuatan payung kertas minyak yang digelar “fosil hidup" dalam kalangan rakyat di China dipilih sebagai “warisan budaya bukan kebendaan peringkat negara” pada tahun 2008.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, sudah banyak orang tempatan di Luzhou menceburkan diri dalam industri pembuatan payung kertas minyak dan kaedah pembuatannya juga telah diinovasi. 

Banyak kilang menggunakan kain payung yang dicetak berwarna dan dicorak melalui komputer. Industri payung kertas minyak kini menjadi industri pelancongan yang penting di Luzhou.- CARI Infonet





sumber info : www.news.cn
16

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_Kimmy 25-3-2016 07:30 PM
payung ni hanya sesuai pakai waktu panas je.....tapi cantik pulak.
Quote Missfadh 25-3-2016 08:12 PM
Payung ni cantik. kalau hujan boleh guna ke?
Quote barfi 25-3-2016 11:06 PM
Cantik cantik ya.
Teringin nak punya 1.
Quote FOTHER-MUCKER 26-3-2016 03:20 AM
Di kl boleh beli di mana? Saya nak beli benerapa batang..untuk hadiahkan pada saudara mara saya.
Quote KayuBatu 26-3-2016 08:51 AM
Dulu2 org guna  payung kertas ni (warna coklat) utk payungkan jenazah masa diangkat utk kekubur....
Quote awanearisu 26-3-2016 05:06 PM
Dari kecil kita suka payung ni, lagi-lagi kalau versi geisha pakai tu. Masalahnya masyarakat melayu suka kaitkan payung sebegini dengan payung kubur
Quote bunnyhoney 27-3-2016 02:20 AM
Dulu suka sgt payung ni..walau berat...
Quote espri6006 27-3-2016 07:55 AM
Missfadh replied at 25-3-2016 08:12 PM
Payung ni cantik. kalau hujan boleh guna ke?

boleh je uols...di tahun 80an dulu banyak je payung jenis ni dijual dikedai runcit. Walaupun diperbuat dari kertas tapi bahagian atas payung dah disadur dengan lilin atau 'clear' , kalau kena hujan mmg confirm tak koyak atau serap air. Tapi kalau mula2 kita beli memang bau dia tu kurang enak sikit disebabkan bau bahan untuk sadur kertas tu. Sekarang dah susah nak cari kot.
Quote chinta89 27-3-2016 10:07 AM
santeknya.. wat bg hadiah pun lawa ni
Quote Missfadh 27-3-2016 05:59 PM
espri6006 replied at 27-3-2016 07:55 AM
boleh je uols...di tahun 80an dulu banyak je payung jenis ni dijual dikedai runcit. Walaupun diper ...

Oh i see. Ingat2 lupa yg part bau tu.
Quote Artemesiaa 28-3-2016 12:02 AM
Sejak adanya payung dari kain nylon payung ni makin dilupakan.  
Quote mdmvava 28-3-2016 09:35 AM
ni namanya payung kubur, hehe
Quote seri_mawr 28-3-2016 05:55 PM
mdmvava replied at 28-3-2016 09:35 AM
ni namanya payung kubur, hehe

payung kubur...warna brown...ni cantik2...

dulu aku pelik knp kena letak payung...

dah skrg pun aku masih pelik dan tertnya2 knp letak payung...kalau nmpk org letak payung kat kubur....


Quote mbhcsf 28-3-2016 10:22 PM
Edited by mbhcsf at 28-3-2016 10:28 PM

this  is  so beautiful....jarang nampa dah sekarang , sangat berat dan bagus bila angin hujan so kuat especially in europe angin kuat kering

ade satu citer cantonese ni - 6 pm tv3 back in 1989 = the key man...the family business - jual payung
Quote crazecousa 29-3-2016 04:08 PM
payung ni sama la macam letak kat kubur tu kan
Quote imransulaiman 19-7-2016 09:27 PM
Di mana saya boleh beli payung ini? Ada sesiapa yang tahu kedai mana masih jual?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.074833 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top