CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

[Video]Nikah Bertukar Ganas!Bergaduh Dalam Masjid, Wang Hantaran Tak Cukup

28-3-2016 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 119204| Komen: 1665|Original author: tongkatwaran75

Description: Yang dijanji tidak dapat menepati janji dan akhirnya seorang pengawal keselamatan terpaksa makan penumbuk ...


Oleh Fyruz Hanna

Loading FB Video...

Semuanya kerana wang.

Yang dijanji tidak dapat menepati janji dan akhirnya seorang pengawal keselamatan terpaksa makan penumbuk dalam satu kejadian di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam.


Menurut sumber, ahli keluarga pengantin lelaki sebelum ini telah bersetuju untuk membayar RM15,000 sewaktu merisik namun sehingga akad wang tersebut masih tidak dapat diselesaikan.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe-rempuan meminta sejumlah RM15,000.

“Pengantin lelaki yang bersetuju de-ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tidak pasti apa yang mereka janjikan namun, wakil pihak pengantin perempuan tidak membenarkan pernikahan diteruskan selagi baki RM5,000 tidak dilangsaikan.

Kejadian yang pada mulanya tegang semakin kecoh apabila kedua-dua pihak mula memaki hamun serta aksi tumbuk-menumbuk berlaku. 

Dan ini antara wakil dari pihak wanita tampil dengan jawapan berikut


-CARI Infonet.

Sumber:Kosmonline

20

Bagus
7

Marah
19

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 28-3-2016 07:12 AM
28 Mac 2016

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.

“Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pe­ngantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

Kata sumber itu, keadaan di pekara­ngan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz449EGC1DR
Hakcipta terpelihara

p/s Jual anak ker?
Quote Syd 28-3-2016 07:16 AM
Agak2 laaa. 1) ukur baju dibadan sundri  2) lahabau tu pun tahu lelaki tu keje pak gad. Gaji pun bulan2 kejap byr on time, kejap lewat ntah berapa hari  3) 15K, ko ingat anak ko retis?
Quote catalina 28-3-2016 07:16 AM
Alahai kesiannya...

Bila adat mengatasi yang wajib

Inilah jadinya....
Quote raihaneem 28-3-2016 07:17 AM
astaghfirullahal'azeem..mahainya, dia keje guard ja.
kesian gak...krna cinta sanggup setuju, lepas kawin la nk guna byk duit...
kena dgr dr pihak sana pulak. Knduri kecil kecilan.sudah la...
Quote Syd 28-3-2016 07:18 AM
X payah laa kawen. Dalam masjid pun pengantin pempuan ganas. Kalu kat umah, kena sepak terajang lerr
Quote blackwidowbae 28-3-2016 07:18 AM
This is funny!
Quote rosasa 28-3-2016 07:19 AM
“Pengantin lelaki yang bersetuju de-ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.
pengantin perempuan tu tak rasa malu ke? dah la family mengamuk minta rm15k tak dapat..dah tu di bayar ansuran mcm barang... apa sial sangat nak hantaran tinggi dah tau bakal suami kerja sekuriti?? dia ingat sekuriti ni level inspektor ke?
Quote Syd 28-3-2016 07:20 AM
@Changa  sila muncui. Ni ummah pprt Pantai Dalam gaduh kat masejid.
Quote Rajawali 28-3-2016 07:22 AM
Muka dan perangai macam tu 15k? Cari indon jelah wahai brader guard.
Quote Syd 28-3-2016 07:23 AM
Pengantin lelaki, sila wat report polis. Duit 10k da kasi.
Quote tongkatwaran75 28-3-2016 07:24 AM
Syd replied at 28-3-2016 07:20 AM
@Changa  sila muncui. Ni ummah pprt Pantai Dalam gaduh kat masejid.

syd...alang2 panggey...
panggil famri7, maideen dan alem ulemek pundak pader korang tuh...
Quote catalina 28-3-2016 07:24 AM
Klu haku pon tak koser nk bermenantukan budak pompuan ni...

Lom kawen dah mengganas...esok2 aku tua dgn aku2 skali dikungfu hustlenya!!

Mcm ni nak buat menantu??
Hishh simpang malaikat 44!!
Quote Syd 28-3-2016 07:25 AM
tongkatwaran75 replied at 28-3-2016 07:24 AM
syd...alang2 panggey...
panggil famri7, maideen dan alem ulemek pundak pader korang tuh... ...

Ai da panggey sorg. So, setiap sorg sila panggey insan2 yang berkenaan.
Quote imransulaiman 28-3-2016 07:31 AM
Wow! Ada aksi berpukulan!
Quote saladin780 28-3-2016 07:33 AM
Ganasnya cikki
Quote jerukkedondong 28-3-2016 07:38 AM
Elok la tak jadi menikah..gigih tarik2 tudung dlm masjid..15k je pun..gi kawin dgn Jejai.....1.5 bilion pun jejai boleh bagi...
Quote noor2 28-3-2016 07:40 AM
Gila......
Quote WeAiNe 28-3-2016 07:47 AM
yg jantan pun sangap nak dgn bet ni buat apa
belum kawin dah demand ibarat bijik saga made of gold puiiiii
yg bet pun bodoh dah perasan fefeling diva carilah
owner co pengawal keselamatan at least berduit juga kot
dari kije guard je
Quote Jagendas 28-3-2016 07:47 AM
seeloknya pihak perempuan tu jual je anak dia tu kt jalan pasar
bangsat .. dh pow 10k pastu tak kasi akad nikah
lagi 5k tu kawtim la lepas akad nikah.

Lihat semua komen(1665)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.166937 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top