CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Guna Parkir OKU, Mat Motor Besar Terima Kecaman Hebat Dari Nitizen

28-3-2016 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8937| Komen: 21


Oleh : Dean BZ



Gejala meletak kenderaan sesuka hati atau menghalang lalu lintas sentiasa menjadi topik berbangkit terutamanya di negara kita, Malaysia.


Lebih menyedihkan lagi apabila ada pengguna jalanraya sanggup meletak kenderaan di tempat parkir OKU (Orang Kurang Upaya). 

Pemandu kurang upaya (OKU) sering menghadapi masalah mencari tempat parkir kerana ruang yang dikhaskan untuk mereka sentiasa diambil oleh pemandu bukan OKU yang mementingkan diri.

Terbaru, menjadi viral gambar yang menunjukkan sekumpulan penunggang  motorsikal berkuasa tinggi mengambil ruangan parkir OKU di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R).


Sumber - Siakap Keli


Sekeping gambar lagi menunjukkan seorang pemuda terpaksa menurunkan seorang warga tua yang kurang upaya (OKU) disisi jalan kerana semua ruangan OKU di R&R itu sudah digunakan oleh sekumpulan penunggang motorsikal berkuasa tinggi.


Gambar yang dikongsikan oleh Maz Mus itu mendapat kecaman dan kritikan hebat dari nitizen. Rata-rata mengutuk dan mencarut dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh sekumpulan mat motor besar itu.


Amat sedih melihat kejadian seperti ini masih lagi terjadi di Malaysia, dimanakah sivik pengguna jalanraya. Apa cadangan anda untuk mengurangkan kejadian seperti ini kerana apa yang penulis nampak, kejadian seperti ini kerap berlaku kerana kurang pemantauan. Bila kurang pemantauan, pengguna ingkar akan lebih berani melanggar undang-undang. - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


17

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
7

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 28-3-2016 11:58 AM
tak payah pantau pun sbenarnya....smua ni mentaliti...pakai lah kereta paling mahal pun, pandu lah motor paling mahal pun...kalau mentaliti caprut macam ni, takkan boleh ubah...
Quote revolusi_30 28-3-2016 12:18 PM
Selalu yg bawa motor besar ne memang suka parking sesuka hati... X nak parking tempat motor.  
Quote missfake 28-3-2016 12:24 PM
moto besar tapi otak kecik
Quote blackwidowbae 28-3-2016 12:34 PM
Takder kesedaran sivik dan tak bertimbang rasa, motor jer besar, hotak cinonet kalah size cenconot
Quote mizlily 28-3-2016 12:35 PM
depa oku bahagian lain ni...
Quote krustykrab 28-3-2016 12:53 PM
moto je besar tp otak cenonit...otak udang
Quote prettyuglybabe 28-3-2016 01:48 PM
yang bawak motor besar pun oku jugak.. otak kurang upaya berfikir..
Quote donut_1752 28-3-2016 02:06 PM
Akal die org yg O.K.U sebenarnya
Quote Esmiria 28-3-2016 02:08 PM
blackwidowbae replied at 28-3-2016 12:34 PM
Takder kesedaran sivik dan tak bertimbang rasa, motor jer besar, hotak cinonet kalah size cenconot

Dia bangga pake moto tu
Quote Skuau 28-3-2016 02:34 PM
Ya drng ni pon oku gk...'cacat@ terencat akal'.
Quote zhatul 28-3-2016 02:47 PM
nk berlagak la tu kan
Quote giyomi 28-3-2016 06:25 PM
nth lah , yg bwak moto bsar selalu berlagak konon hebat sgt, bawak mcm tak der undang2. Nak berkonvoi konon. Jgn kan yg bw moto besr, yg moto kapcai pon camne gak sialannya. suka sgt parkir kt tpt kete sampai kete tak dpt park. gampang sgt mentaliti mereka ni semua.
Quote missDollie 29-3-2016 01:20 AM
Oku La tu sebab buta tak nampak signboard..
Quote yusryimran 29-3-2016 07:10 AM
missfake replied at 28-3-2016 12:24 PM
moto besar tapi otak kecik

hakak strongly agree with your opinion
Quote beldandy 29-3-2016 09:51 AM
giyomi replied at 28-3-2016 06:25 PM
nth lah , yg bwak moto bsar selalu berlagak konon hebat sgt, bawak mcm tak der undang2. Nak berkonvo ...

yup...dan paling sial konvoi kereta
ko tau yg jenis konvoi kete nak sederet sepanjang jalan tu...
dah org lain nk memotong pun payah sbb derang menten kelajuan supaya sume kete2 derang seiring je...pastu duk lane kanan plak tu...
mmg cilake mereka2 itu....sampai jln jd jem...
Quote chinta89 29-3-2016 11:15 AM
depa x reti mbaca kot
Quote Loxlaxman 29-3-2016 12:01 PM
Moto ratus ribu...akai tiga kupang!
Quote rigorsamsa 29-3-2016 12:36 PM
dah byk kali mat motor besar buat perangai gini
Quote munchkin 2-4-2016 03:10 PM
Edited by munchkin at 2-4-2016 09:20 PM

Hati hati kekawan. motor besar ni suka ikut kereta masuk tag lane kat tol. Depa ikut dekat pastu depa speed sikit sampai depan palang pastu depa toleh boleh tunjuk ngan jari telunjuk suruh swipe. Aku terkena hari tu. And few people dah kena. Pakai motor besar tapi akai sangkak bodoh. Next time aku reverse jah. Sangkak cheapskate idiots.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053377 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top