Oleh Adib ZA
Baru sahaja memeluk agama Islam beberapa hari yang lalu di hadapan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik, gadis ini telah pun diuji bila akaun facebook palsu menggunakan namanya dibuka secara terang-terangan. Woo Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha yang mendapat perhatian lantaran keberaniannya mengucap syahadah di hadapan khalayak minggu lalu, kini seolah-olah dianiya apabila beberapa facebook palsu dikesan menggunakan namanya. "Nina mengkagumi semua Ustaz, kerana mereka lebih tahu akar umbi agama sejak dari bangku sekolah ( Mungkin ), tetapi, amat kecewa apabila Ustaz ini cuba menabur fitnah kepada saudara baru seperti nina serta Dr Zakir Naik yang telah mengislamkan Nina."
"Semoga Ustaz itu di bukakan hati dan kembali ke jalan yang benar seperti Nina." Begitulah antara statusnya yang mendapat beratus-ratus like dan juga perkongsian di laman sosial. Namun begitu, ada di kalangan netizen yang mendakwa ia bukanlah dari tulisan Nina sendiri kerana gadis itu tidak terlalu fasih berbahasa Melayu. "Saya mohon semua pengguna FB report page-page ini. "Sukakah kita menganiaya saudara kita yang baru memeluk Islam. "Kepada mereka yang buat fake page ini, bertaubatlah." "Sayogianya, kita tidak berkongsi status FB nya itu walaupun terkadang terdapat kebenarannya kerana : 1- Nyata, kemungkinan besar adalah palsu. 2 - Aneh, halamnnya bermula 15hb April. Sehari selepas mengumumkan keIslamannya." Begitulah antara yang ditulis oleh para netizen. Kepada mereka yang mencari populariti dengan menggunakan orang lain, maka sebaiknya berhentilah. Seharusnya saudara baru ini dibantu dan diberi sokongan, bukannya dianiya dengan cara sebegini. - CARI Infonet |
25
Bagus |
14
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT