oleh Adib Za Seorang warga Palestin yang telah menetap 10 tahun di Malaysia, berkongsi rasa dan pengalaman sepanjang berpuasa di sini.
Memetik laporan Astro Awani, Mohamed Elhalabi berkata sambutan Ramadan di negara ini dirasakan seolah-olah seperti di negara sendiri, meskipun dia berada jauh dari keluarganya. “Tiada bezanya, tetapi di Palestin ia lebih kepada bersama dengan keluarga. (Sambutan daripada) masyarakat Malaysia buat saya rasa seperti berada di tanah air sendiri walaupun sebenarnya saya telah berjauhan sembilan setengah tahun lamanya. “Kami dapat rasa perkongsian kasih sayang dan sokongan kepada warga Palestin terutamanya ketika Ramadan,” ujar jejaka berusia 32 tahun itu. Dari segi sambutan juga, katanya tiada bezanya antara Malaysia dan juga Palestin terutamanya dari segi sajian makanan.
Mohamed kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia di peringkat pHD, turut menganggap Malaysia sudah menjadi rumah keduanya. - CARI Infonet Sumber: Astro Awani |
2
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
17
Sedih |
4
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT