oleh Adib Za Jangan terkejut sekiranya anda berkunjung ke masjid Al Rahma, anda melihat ramai pelancong bukan Muslim berada di sini.
Ini kerana ia memang terbuka untuk umum, tidak mengira anda merupakan Muslim atau sebaliknya. Malah, dikatakan ramai pemeluk agama lain gemar bermeditasi di masjid ini. Keindahan Laut Merah dan lokasi strategik masjid Al Rahma membuatkan ramai pengunjung berasakan ia satu tempat ideal untuk menenangkan diri. Masjid yang terletak di Jeddah, Arab Saudi ini dulunya dikenali dengan nama Masjid Fatimah. Ia merupakan salah satu masjid terapung yang sangat indah dan unik. Dibina di pinggir pantai Laut Merah, masjid yang berwarna putih ini kelihatan mengambang dan begitu menyerlah di tengah lautan. Dari segi seni binanya, ia menggabungkan elemen tradisional Islam dan juga moden yang menjadikan ia sebagai salah sebuah masjid tercantik dunia. Jika anda berkunjung ke Jeddah, jangan lupa ke masjid ini. - CARI Infonet
|
9
![]() Bagus |
14
![]() Marah |
5
![]() Terkejut |
17
![]() Sedih |
28
![]() Lawak |
10
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Husna replied at 16-6-2016 03:31 PM
pernah masa pergi ziarah masjid terapung ni tengok ramai orang arab bawak family berkelah kt sekitar ...
yeos replied at 16-6-2016 12:23 PM
cantik, macam masjid yang kat melaka tu kan
namirulmukminin replied at 17-6-2016 04:12 PM
Masjid Selat ke?...
ADVERTISEMENT