oleh Adib Za Selain semangat kesukanan dan patriotik yang ditunjukkan menerusi sukan Olimpik yang kini sedang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil ramai juga terinspirasi dengan wajah kacak para atlet yang datangnya dari seluruh dunia.
Memetik laman Cosmopolitan, berikut merupakan antara 10 atlet 'terpanas' di sukan Olimpik Rio 2016. 1. Michael Phelps, Acara Renang Atlet renang berusia 30 tahun dari Amerika Syarikat ini telah menggondol 22 pingat dalam tiga acara sukan Olimpik sebelum ini. Dikenali sebagai raja renang dan telah mencatat rekod hebat dengan meraih 8 pingat ketika Olimpik Beijing 2008. 2. Nathan Adrian, Acara Renang Memang hot! Atlet kacak kacukan Amerika dan Hong KOng ini merupakan juara tiga kali acara renang bebas di Olimpik dan turut memegang rekod kebangsaan untuk acara renang bebas 50 meter. 3. Jake Dalton, Ahli Gimnas Meskipun dikategorikan sebagai lelaki rendah dengan ketinggian 168cm, namun kehebatannya begitu menyerlah dalam sukan gimnastik. Dia menjadi harapan Amerika Syarikat untuk acara berpasukan untuk tahun ini. 4. Alex Ranghieri, Bola Tampar Pantai Atlet dari Itali ini memang mencairkan ramai wanita dengan wajah kacaknya. Mula melibatkan dalam sukan bola tampar pada 2004, Alex telah menjuarai pelbagai acara dalam suka itu di Itali. 5. Andre De Grasse, Pelari Pecut Dia merupakan pelari pecut dari Kanada dan memegang rekod terpantar untuk acara 200 meter kebangsaan. Pada sukan Olimpik Beijing 2008, dia berjaya mendapat pingat perak untuk acara 100 meter. - CARI |
22
Bagus |
22
Marah |
12
Terkejut |
5
Sedih |
11
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
oneders replied at 10-8-2016 10:44 AM
top 2 atlet yang keluar dengan sepender je.. no wonder jadi pilihan..
jetonkepoh replied at 12-8-2016 01:16 AM
Tom daley ketuanan gayah2 xtermasuk dlm list ni ke?
ADVERTISEMENT